Sunday, August 30, 2009

Kosmo! genap 5 tahun

AKHBAR kompak yang semakin meletup di pasaran, Kosmo! sudah pun mencecah usia lima tahun pada hari ini, 30 Ogos 2009.

Kosmo! telah dilancarkan pada 30 Ogos 2004 dan keluaran pertamanya berada di pasaran sehari kemudian iaitu 31 Ogos 2004 sempena Hari Kebangsaan Kali Ke-47.

Pada masa itu aku belum lagi menjadi warga kerja Kosmo! kerana masih lagi menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Aku masih ingat lagi pada pagi 30 Ogos 2004 itu, aku menaiki motosikal dari Kolej 10 UPM (sebelah highway Plus) ke kedai runcit di Sri Serdang untuk mendapatkan Kosmo! secara percuma.

Kebiasaannya memang rutin harian aku membeli akhbar setiap pagi dengan pilihan utama pastinya Harian Metro dan Berita Harian kerana ia banyak memaparkan berita-berita bola sepak tempatan. Senang cerita, aku beli paper sebab nak baca berita sukan je, berita depan aku memang tak baca pun, kalau rajin je baru baca.

Aku hanya menjadi warga Kosmo! bermula pada tarikh 16 Februari 2006, ketika Kosmo! baru saja berusia setahun setengah. Terus terang, ini sebenarnya bukan bidang aku dan tak pernah langsung dalam fikiran atau cita-cita aku sejak kecil untuk menjadi seorang wartawan.

Aku mula terjebak ke dalam dunia penulisan sejak aku menjadi penulis sambilan laporan-laporan perlawanan membabitkan pasukan bola sepak Selangor di laman web http://www.selangorfc.com/ sepanjang saingan musim 2005. Terima kasih kepada Amir Shariffuddin (Pippo), pemilik SelangorFC.com.

Pada April 2005, aku mendapat tawaran kerja di Sony EMCS, Bandar Baru Bangi sebagai design engineer (mechanical) bagi produk DVD player jenama Sony dan selepas beberapa bulan menemui kebosanan dengan rutin harian terperap di dalam kilang, aku mula memberanikan diri menghantar beberapa artikel ke majalah kegemaranku, Arena Bola Sepak (ABS).

Alhamdulillah, pengarang ABS ketika itu, Richie Rachman berkenan dengan karya-karya aku dan beberapa bulan berturut-turut artikel aku disiarkan di majalah ABS sehingga keratan artikel tersebut dibawa bersama ketika aku menghadiri sesi interbiu untuk menjadi wartawan Kosmo!. Terima kasih Richie.

Tugasan sulung aku di Kosmo! ialah membuat tinjauan aduan beberapa penduduk di Kampung Melayu Subang berhubung bau busuk akibat reban ayam yang dibina salah seorang penduduk di situ. Tugasan ini dibuat bersama seorang wartawan senior Kosmo!, Zaini Samsu Hadi. Tapi malangnya story pertama aku dan Zaini itu tidak mendapat byline. Takpe, cuba lagi..

Tugasan kedua aku ialah menghadiri satu majlis di Menara MPAJ dan kali ini digandingkan pula dengan seorang lagi wartawan senior di Kosmo!, Hisham Idris. Kali ini muncullah byline sulung aku di Kosmo! seperti di bawah ini.


Seterusnya aku menjadi wartawan Meja Berita selama tiga bulan sebelum ditukarkan ke Meja Khas. Tapi hanya sehari aku berada di Meja Khas kerana aku beritahu bos, aku tak minat langsung jadi penyiasat dan akibatnya aku serta merta dicampakkan ke Meja Ahad.

Enam bulan di Meja Ahad, khidmat aku di Jalan Lima, off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur berakhir pada penghujung Oktober 2006 kerana aku telah diarahkan berpindah ke Kuantan untuk membentuk Kosmo! Biro Pahang yang diketuai oleh Radhuan Hussain (Veron) sebagai bos manakala aku dan Hafiz Abbas sebagai pencari berita sementara Rushdi Salleh sebagai jurufoto.

Kosmo! menemui pembaca di seluruh negeri Pahang bermula 6 November 2006 dan aku sempat bersama Biro Pahang selama setahun dua bulan sebelum kembali bertugas ke Ibu Pejabat Kosmo! bermula 1 Januari 2008.

Setahun bertugas di Meja Berita, aku akhirnya ditukarkan ke Meja Sukan bermula Januari 2009 sehinggalah ke hari ini.

Bersempena sambutan ulangtahun kelima Kosmo! ini, aku pula secara peribadi menyambut tiga tahun setengah aku berkhidmat di Kosmo!.

Selamat Hari Kebangsaan Ke-52.

5 comments:

Yob4Ever said...

Hebat.... Diharapkan dgn penampilan blog ni, akan menyemarakkan semangat saudara utk terus berkarya... Apa pun, aku sbg salah seorang pioneer kat kosmo, bangga dgn pencapaian akhbar kompak kita yang naik mencanak....

August 31, 2009 at 1:44 AM
Wan Fakhrul Wan Bakar said...

terima kasih....tapi anda sbg pioneer di kosmo sepatutnya membuat juga catatan/tulisan anda untuk mengimbau semula detik2 awal kemunculan akhbar Kosmo! ini supaya menjadi iktibar dan renungan bersama warga2 baru di Kosmo! ini dan juga pembaca di luar sana....hehe

August 31, 2009 at 5:57 AM
yohteh said...

ho..yoo..
welkam back to the blogging.kom..

August 31, 2009 at 12:30 PM
epain said...

steady lah misai...

memeriahkan lagi blog sukan negara ini...

selamat datang n kalau sempat, jenguklah jugak ke blog aku...

epainworld.blogspot.com

September 1, 2009 at 11:21 AM
Wan Fakhrul Wan Bakar said...

okay..tq epain
aku dah add blog ko dlm list aku tu..

September 1, 2009 at 12:00 PM