Thursday, November 5, 2009

Malaysia (2) Kuala Lumpur (1)


PETANG tadi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras berlangsung perlawanan bola sepak persahabatan antara skuad kebangsaan bimbingan K. Rajagobal dan skuad Kuala Lumpur bimbingan Razip Ismail.

Perlawanan berkesudahan dengan skuad kebangsaan yang dibarisi pemain-pemain B-23 kecuali kapten, Norhafiz Zamani Misbah dan Amri Yahyah berjaya menewaskan Kuala Lumpur 2-1.

Kuala Lumpur mendahului 1-0 seawal minit ke-5 menerusi penyudah kemas penyerang berjersi No.17, Shahrudin Yaakob menewaskan penjaga gol, Sharbinee Allawee Ramli setelah menerima hantaran dari sebelah kiri.

Skuad kebangsaan menyamakan kedudukan pada minit ke-28 apabila penyerang, Norshahrul Idlan Talaha bijak merembat kemas dari tengah luar kotak penalti setelah menerima tolakan tepat dari kanan oleh Ahmad Fakri Saarani.

Dua minit kemudian, skuad kebangsaan berpeluang menambah jaringan apabila Amri Yahyah berjaya melepasi pertahanan terakhir lawan tetapi dia dijatuhkan dari belakang oleh pemain Kuala Lumpur berjersi No.3 itu betul-betul di luar kotak penalti.

Pengadil tidak teragak-agak melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan tersebut yang difahamkan antara pemain yang hadir mencuba nasib untuk menyarung jersi Kuala Lumpur musim depan.

Kesempatan menentang lawan yang beraksi dengan 10 pemain digunakan sepenuhnya skuad kebangsaan untuk mendapatkan tambahan gol.

Hasilnya pada minit ke-36, skuad kebangsaan memperolehi gol kedua hasil penyudah tepat pemain tengah, Safiq Rahim yang menerima hantaran Baddrol Bakhtiar dari sebelah kiri.

Bermula babak kedua, setelah perbincangan dibuat, Kuala Lumpur dibenarkan memasukkan semula seorang pemain tambahan untuk memastikan permainan seimbang 11 lawan 11.

Aksi babak kedua dilihat lebih menarik dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Namun tiada jaringan berjaya dihasilkan biarpun penyerang gantian, Razali Umar Kandasamy hampir menggegar jaring sebelum rembatannya ditepis cantik penjaga gol Kuala Lumpur dan tandukan Amri seminit kemudian sekadar menuju palang gol lawan.

Skuad kebangsaan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Indonesia di Palembang pada Isnin ini sebelum menghadapi dua perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2011 bertemu Uzbekistan pada 14 November di tempat lawan dan 18 November di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Berikut ialah barisan pemain yang diturunkan Rajagobal pada perlawanan petang tadi.

28-Sharbinee

12-Mazlizam 8-Zamani (c) 24-Muslim 2-Sabree

13-Fakri 3-Mahali 10-Safiq 11-Baddrol

9-Norshahrul 17-Amri
Pemain gantian:
minit 38: 6-Nasriq IN, 12-Mazlizam OUT
minit 45: 22-Adney IN, 28-Sharbinee OUT
minit 57: 15-Gurusamy IN, 3-Mahali OUT
minit 62: 23-Razali IN, 9-Norshahrul OUT
minit 64: 21-Amirul IN, 13-Fakri OUT
minit 67: 14-Manaf IN, 10-Safiq OUT
minit 67: 4-Faizal IN, 24-Muslim OUT
minit 72: 18-Farderin IN, 11-Baddrol OUT

Pemain-pemain lain yang cedera turut hadir menyaksikan perlawanan petang tadi iaitu Asraruddin, Azmi Muslim, Shakir, Amar Rohidan, Bunyamin dan Khyril Muhymeen.

Sementara penjaga gol utama, Farizal Marlias tidak menyertai perlawanan tadi kerana melakukan pemeriksaan di IJN setelah mengadu sakit dada.

SENARAI PELATIH SKUAD KEBANGSAAN:

PENJAGA GOL:
1- Farizal Marlias (Perlis)
2- Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu)
3- Syed Adney Syed Hussein (MyTeam)

PERTAHANAN:
4- Norhafiz Zamani Misbah (KL Plus)
5- Muslim Ahmad (Harimau Muda)
6- Mazlizam Mohamad (Perlis)
7- Mat Sabree Abu (Kedah)
8- Nasriq Baharom (Selangor)
9- Faizal Muhammad (Harimau Muda)
10- Azmi Muslim (MyTeam)
11- Asraruddin Putra Omar (Selangor)
12- Aidil Zafuan Radzak (N.Sembilan)

TENGAH:
13- Safiq Rahim (KL Plus)
14- K. Gurusamy (Harimau Muda)
15- Amar Rohidan (Perlis)
16- Bunyamin Umar (MyTeam)
17- Mahali Jasuli (Harimau Muda)

SAYAP:
18- Ahmad Fakri Saarani (Perlis)
19- Baddrol Bakhtiar (Kedah)
20- Amirulhadi Zainal (Selangor)
21- Farderin Kadir (KM Naza)
22- S. Kunalan (N.Sembilan)
23-Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)

PENYERANG
24- Amri Yahyah (Selangor)
25- Norshahrul Idlan Talaha (MyTeam)
26- Zaquan Adha Radzak (N.Sembilan)
27- Razali Umar Kandasamy (Perak)
28- Abd. Manaf Mamat (Terengganu)
29- Ahmad Shakir Md. Ali (Harimau Muda)

* Semua pemain berusia 23 tahun dan ke bawah kecuali Zamani dan Amri.

* Aidil Zafuan, Zaquan Adha dan Kunalan akan menyertai skuad selepas final Piala Malaysia Sabtu ini.

6 comments:

aFiQ said...

bro pinjam report nk letak kt HMC~Thanks!

November 5, 2009 at 9:42 PM
Wan Fakhrul Wan Bakar said...

okay takde hal...

November 6, 2009 at 7:28 AM
manlukeman said...

aku rase elok ko keje ngn FAM..skop keje..update laman web..

November 6, 2009 at 8:14 PM
Wan Fakhrul Wan Bakar said...

malas la...
dah sedap2 keje kat kosmo! ni saja2 ko suh aku blah ke fam..sbb senang ko balik kl nanti trus masuk meja sukan ek?blah la hakim..hehe

November 7, 2009 at 1:15 AM
rizal hashim said...

Laporan lengkap yang menarik! saya cadang saudara buat begini untuk semua perlawanan. Jadi sumber rujukan semua pihak. Sambil tu blog pasal KL, jangan lupa hadiah menanti...tidaknya dapat dominos

November 9, 2009 at 7:24 PM
Wan Fakhrul Wan Bakar said...

semua game tak dpt la encik rizal..
time2 offday je boleh buat camni..
time hari berkerja,byk yg perlu dibuat di opis,nak tolong kawan eplx login komputer...tolong cari gambar..tolong mknkan dominos...ehehe

November 9, 2009 at 10:50 PM