Wednesday, November 4, 2009

Nombor plat KL terlaris!




JANGAN salah anggap. Ini bukan nombor ekor. Tapi nombor di atas ini merupakan nombor pendaftaran kenderaan atau lebih dikenali nombor plat yang terkini yang didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setakat petang semalam.

Nampaknya, nombor plat Kuala Lumpur yang menggunakan pangkal huruf 'W' masih kekal paling popular berbanding nombor plat dari negeri-negeri lain di Malaysia.

Jika dibandingkan dengan nombor plat lain setakat petang semalam, nombor plat WTE 5936 bagi Kuala Lumpur itu diekori oleh nombor plat Johor (JLV 7436), Selangor (BKN 7695), Pulau Pinang (PJJ 9063), Perak (AGY 1615), Kedah (KCP 4491), Pahang (CCM 6590), Negeri Sembilan (NCG 6771), Melaka (MBV 677), Kelantan (DBN 3550), Terengganu (TAW 7139) dan Perlis (RH 9145).

Bagi Sabah dan Sarawak pula, nombor plat terkini di Kuching ialah QAR 6140 dan di Kota Kinabalu ialah SAB 731 A manakala di Langkawi ialah KV 7810 C dan di Wilayah Persekutuan Labuan ialah LD 1824.

Jelas nombor plat di Kuala Lumpur paling laris kerana ia sudah mencapai abjad tengah 'T' iaitu WTE sedangkan pencabar terdekat iaitu Johor baru mencecah abjad tengah 'L' iaitu JLV.

Ini kerana, kepesatan penduduk di Kuala Lumpur menyebabkan ramai warga ibu kota termasuk mereka yang berasal dari negeri luar memilih untuk mendaftar di Kuala Lumpur kerana tertarik dengan pangkal abjad 'W' yang dianggap menarik dan 'cantik'.

Namun jika diimbas kembali pada era awal 1990-an, ketika itu nombor plat Selangor dengan pangkal huruf 'B' lebih popular dengan mendahului nombor plat Kuala Lumpur.

Saya gemar mengikuti perkembangan tentang nombor plat terkini ini kerana di akhbar Harian Metro ketika itu ada menyiarkan nombor-nombor terkini kenderaan semua negeri pada setiap hari.

Saya masih ingat, pada satu ketika Selangor sudah mencapai nombor plat BDA sedangkan ketika itu Kuala Lumpur baru mencapai nombor plat WCA, ketinggalan kira-kira satu abjad tengah itu.

Tapi kini, Kuala Lumpur sudah jauh mengatasi Selangor. WTE dibandingkan dengan BKN. Jauh bezanya.

Justeru, selepas ini Kuala Lumpur akan terus mengorak langkah dengan WTE diakhiri WTY disusuli WUA hingga WUY, WVA hingga WVY dan WWA hinggalah nombor plat yang ditunggu-tunggu iaitu WWW.

Berdasarkan kepantasan pendaftaran nombor plat di Kuala Lumpur ketika ini, dijangkakan nombor plat WWW itu akan berada di atas jalan raya pada tahun 2012.

Saya sendiri pasti tidak melepaskan peluang untuk membida salah satu nombor plat WWW itu untuk disematkan di kereta baru yang berkemungkinan akan dibeli sekitar 2012 nanti. Insyaallah.

Pastinya nombor plat idaman saya ialah WWW 1234 (sama seperti nombor plat kereta saya ketika ini yang dibida dengan harga RM400 pada 2006) atau WWW 1982 (sama seperti nombor plat motosikal saya ketika ini bersempena tahun kelahiran saya yang dibida dengan harga RM220 pada 2005).

2 comments:

Unknown said...

Ini nak menang betul ni

November 4, 2009 at 2:15 PM
Toshio (Zharfan) said...

Nombor plet W laku sebab seluruh negeri Selangor boleh daftar W dan B serentak. Kalau Selangor tak benarkan W didaftar di Selangor, B dah sama laju. Plet J laju sebab ramai orang Singapore menetap di Johor lalu membeli kereta di Johor serta ramai orang Melaka lebih gemar beli plet J daripada M.

Sekarang ni ramai nak pakai B balik sebab cepat kereta dapat nombor plat


Kereta second hand value naik kalau pakai W.

Kalau selepas WYY 9999. Nanti pula muncul WA 1234 A. Macam PLet Sabah, Langkawi dan Singapore.

December 7, 2010 at 10:46 PM