Trofi Piala Dunia FIFA kini di ibu negara
PETANG semalam (Khamis, 28 Januari 2010) mungkin menjadi tarikh bersejarah dalam hidup aku kerana selepas 27 tahun 3 bulan berada di muka bumi ini, inilah pertama kali aku dapat bergambar kenangan di sebelah trofi Piala Dunia FIFA yang menjadi rebutan pasukan bola sepak semua negara di dunia ini.
Peluang tidak diduga ini muncul secara tiba-tiba ketika aku ditugaskan membuat liputan majlis pelancaran media Jelajah Trofi Piala Dunia FIFA di Hotel The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur semalam.
Selesai saja majlis, para hadirin diberi peluang untuk mengambil gambar dan sudah tentulah aku pun tidak mahu ketinggalan.
Kalau terlepas kali ini, mungkin empat tahun lagi iaitu 2014 baru aku akan mendapat peluang begini sekali lagi.
Kepada mereka di luar sana, anda juga berpeluang bergambar seperti ini pada hari ini (Jumaat).
Sesi bergambar akan dibuka kepada umum dari 10 pagi hingga 10 malam ini di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur.
Ayuh, jangan lepaskan peluang keemasan ini.
'Tak dapat julang, tak dapat pegang, berdiri sebelah trofi pun jadilah'
5 comments:
best banget nih!
January 29, 2010 at 8:02 AM^_^
hehe,memang la best
January 29, 2010 at 4:34 PMso,apa lg,pegi la serang mid valley hari ni....
Apa lagi angkat la... setakat dok dalam plastik ja buat apa... Kan bagus kalau depa panggil team Malaysia (siap jersi) datang, pastu angkat worldcup... belakang tu greenscreen, pastu balik photoshop kasi nampak cam dalam stadium hehe...
February 1, 2010 at 1:51 AMTak dapat tengok duduk tepi piala dunia, Photoshop pun jadi la...
February 1, 2010 at 3:13 AMhttp://rizman.net
Post a Comment