Wednesday, September 9, 2009

09-09-09 - Hanya tarikh tumbuh gigi

Tarikh 9 September 2009 (09-09-09) telah berlalu begitu saja selepas 24 jam ia singgah dalam kehidupan aku ini.

Tiada apa-apa kejutan, tiada sebarang durian runtuh (contohnya tiba-tiba ada orang call beritahu anda menang RM1 juta ke, anda menang peraduan bla bla bla) atau tiada juga malapetaka yang menimpa (alhamdulillah).

Semuanya seperti biasa kecualilah apabila aku pulang ke rumah kira-kira pukul 11 malam tadi.

Isteriku memberitahu yang anak kami, Wan Adriana (gambar) sudah tumbuh gigi. Hehehe,boleh la, kira ada jugalah peristiwa yang boleh dikenang sempena 09-09-09 ni.

Wan Adriana memang patut dah tumbuh gigi pun sebab 13 September nanti (Ahad ini), dia dah genap 11 bulan pun. Lagi sebulan je nak cukup setahun umur dia.

Tapi bak kata mak aku, Wan Adriana mungkin ikut jejak ayah dia yang masa zaman bayinya dulu pun lambat tumbuh gigi. Tak mengapalah, bukan jadi masalah besar pun tumbuh gigi awal ke tak, yang penting gigi tu tumbuh kan.

Kepada Wan Adriana, semoga cepat tumbuh banyak gigi. Nanti senang ayah nak sumbat macam-macam makanan.

Yang pasti, tarikh 09-09-09 bagi aku bolehlah dikenang sebagai hari anak sulung aku tumbuh gigi. Kira okaylah daripada tak ada apa-apa langsung.





4 comments:

Lelaki Sabah said...

Patut Wan tak sabar nak balik awal malam tadi...rupanya nak jumpa Wan Adriana yang baru tumbuh gigi..Tahniah...

September 10, 2009 at 4:40 AM
tokpah said...

Hek..eh..! baru tumbuh gigi yer..! siaappp kamu...

September 10, 2009 at 8:43 AM
Wan Fakhrul Wan Bakar said...

haha,aku nak balik awal sbb nak update blog la mus.....

September 10, 2009 at 10:53 AM
rizal hashim said...

Sumbat makanan? isk isk isk...tahniah, masalah anak aku yang sulung sekarang tujuh tahun, gigi susu lambat nak gugur...kuat betul, sampai kena cabut kat dentist pasal gigi betul dah tumbuh kat tempat sama...satu gigi cabut RM50, woi kalau semua sengkek ayah hang...hehehe

September 11, 2009 at 11:19 AM