Friday, September 4, 2009

Drama bersiri '10' di Astro Citra

MUNGKIN ada yang telah terlepas pandang dengan satu drama bersiri terbaru bertajuk '10' ini.

Ia ditayangkan sepanjang bulan September ini iaitu setiap Rabu dan Khamis (9.00-10.00pm) di saluran 131, Astro Citra. (Kena langgan pakej Mustika baru boleh layan)

'10' sebenarnya sudah bersiaran dua episod dan masih berbaki lagi enam episod.

Cerita ini sesuai untuk peminat-peminat bola sepak tempatan khususnya penyokong Selangor yang pastinya ketika ini tidak tahu apa nak dibuat kerana Liga Malaysia sedang bercuti sementara menunggu sepak mula Piala Malaysia pada 26 September depan.

Jadi dengan menonton '10' ini, mungkin semangat untuk kita sama-sama membanjiri stadium-stadium berdekatan untuk menonton aksi liga bola sepak tempatan kembali melonjak.

'10' mengisahkan tentang pasukan Selangor FC ketika era 80-an yang terpaksa membina semula pasukan mereka untuk merampas kembali Piala Sultan setelah mereka tewas kepada pasukan Singapura pada final musim sebelumnya.

Pelakon-pelakonnya terdiri daripada Beto Kusyairy, Norman Hakim, Anding, Cheryl Samad, Intan Ladyana, Radhi Khalid dan ramai lagi.

Skrip '10' dihasilkan oleh Manesh Nesaratnam dan Ng Ping Ho manakala diarahkan oleh Manesh dan juga Joyce Low.

'10' merupakan sebuah produksi Popiah Pictures.

Berdasarkan jalan cerita pada dua episod awal ini, nampak macam menarik cerita ini.

Ia dibantu reputasi cemerlang Popiah Pictures yang pernah menerbitkan drama bersiri 'Ghost' dan 'Ghost 2' di 8TV, sekali gus menjanjikan drama bersiri '10' ini pasti akan menampilkan sesuatu yang menarik untuk ditonton.

Bagi yang telah terlepas menonton Episod 1 dan Episod 2, ulangannya akan disiarkan seperti jadual di bawah ini sehinggalah Episod 3 menyusul pada Rabu, 9 September, pukul 9 malam.

JADUAL TAYANGAN DRAMA BERSIRI 10 (MINGGU PERTAMA)

Rabu, 2/9/09 - Episod 1 (9.00pm)
Khamis, 3/9/09 - Episod 1 (12.15pm), Episod 2 (9.00pm)
Jumaat, 4/9/09 - Episod 2 (1.15pm)
Sabtu, 5/9/09 - Episod 1 (6.00pm)
Ahad, 6/9/09 - Episod 2 (6.00pm)
Isnin, 7/9/09 - Episod 1 (10.45pm), Episod 2 (11.45pm)
Selasa, 8/9/09 - tiada
Rabu, 9/9/09 - Episod 3 (9.00pm)
Khamis, 10/9/09 - Episod 3 (2.00pm), Episod 4 (9.00pm)

8 comments:

epain said...

aku memang teringin nak tengok citer mcm ni..

tapi sayangnya aku tak subscribe pakej tu....

citer "kallang roar" terbitan singapore tu apa citer? dah kuar belum?

September 4, 2009 at 10:39 AM
rizal hashim said...

Tu la epain, kita pun tak subscribe...

kallang roar nampak macam menarik...

reenactment atau lakonan semula singapura bawah choo seng quee

September 4, 2009 at 1:05 PM
Wan Fakhrul Wan Bakar said...

rugi la tak subscribe pakej nie..
sbb agak menarik gak cite nie...
tapi takpe,tunggu la klu kot2 ada sapa2 upload kat youtube ke nnt..hehe..mesti ada punya...

tapi nak subscribe..bleh lg kot..
baru 2 episod nie....sempat lg..

September 4, 2009 at 1:22 PM
Dunia Aku said...

maybe, next year adalah produksi yang buat crita pasal team Sabah...cadangan tajuk 'BADAK'...

Fokus on kehebatan Hassan Sani dan James Wong, iaitu penyerang kembar Malaysia era 80-an yang membantu Sabah muncul naib juara liga dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia pada tahun 1979.

Jangan lupa jugak pada pemain ini, Matlan Marjan, bekas kapten Malaysia yang membantu Sabah memenangi pertandingan profesional pertama iaitu Piala FA pada tahun 1995 setelah menewaskan Pahang 3-1.

Paling penting, adalah 'bencana' 1994 dan 1995 yang menyaksikan jatuhnya maruah bola sepak Sabah gara-gara skandal rasuah terbesar melibatkan beberapa tonggak pemain negeri itu termasuk Matlan Marjan.

September 5, 2009 at 3:19 AM
Wan Fakhrul Wan Bakar said...

wah..bagus idea ko nie mus..
silap2 produksi tu panggil ko jadi teraju utama filem tu...

tapi watak apa yg sesuai dgn ko mus?
matlan? hassan sani?
jelius ating? burhan ajui?
matusin bowie? jekerasen kilan?
khairul azman? ong kim swee?
harun laban?
atau ghapor mohamad?hehe

September 5, 2009 at 3:34 AM
rizal hashim said...

jainin tinin la mustapa tu...

September 5, 2009 at 6:54 PM
Hanim Mahali said...

tak sangka drama bersiri 10 tu kat astro citra . saya mmg minat tgk citer ni . saya tgk kat astro prima kul6 ms bln puasa . pastu bila dah start raya terus lost . alahai ... ne cr drama tu ... tak de astro citra ... @_@

October 16, 2010 at 2:40 PM
David said...

May i know where can watch this drama?
i have tried to search for so long also cant find it in internet..
anyone can help ?

January 26, 2019 at 12:44 PM