Saturday, September 19, 2009

Selamat menyambut Aidilfitri 1430H

Dari kiri: Wan Fakhrul, Azizul Fahmi, Radiah Saori, Mustapa Lakawa dan Shahril Nizam

UMAT Islam di Malaysia insyaallah bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1430 Hijrah pada esok hari (Ahad). Jadi menjelang 1 Syawal ini, saya ingin memohon maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap kepada mana-mana individu sama ada yang mengenali aku secara langsung atau tidak langsung.

Insyaallah aku akan bermalam raya di Bandar Baru Bangi bersama isteri dan anak aku yang baru berusia 11 bulan serta mak, abang, kakak, abang ipar, kakak ipar serta anak-anak saudara aku selepas selesai berkerja petang nanti.

Esok pagi, seperti biasa Solat Sunat Aidilfitri di Surau As-Sobah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi diikuti menziarahi pusara arwah 'Bah' di Sungai Tangkas sebelum pulang ke kampung isteri di Benut, Pontian, Johor.

Tapi raya kali ini tak boleh lama di kampung sebab aku kena kerja di Hari Raya Kedua. Jadi pagi-pagi raya kedua dah kena bertolak ke Kuala Lumpur untuk meneruskan tugas sehingga Hari Raya Kelima.

Jadi bersempena hari raya ini, gambar pagi raya hanya akan dikemaskini pada Hari Raya Pertama nanti. Jadi buat sementara, gambar di atas ialah Gambar Raya Wartawan Sukan Kosmo! yang bakal dimuatkan dalam akhbar Kosmo! keluaran esok (Ahad). Begitu juga gambar di bawah ini, semua warga Kosmo!.

Jangan lupa, esok (Ahad) akhbar Kosmo! akan dijual seperti biasa. Cuma Isnin akhbar Kosmo! tidak dijual. Hari Selasa dan seterusnya, Kosmo! kembali berada di pasaran seperti biasa. (macam iklan promosi je,hehe)

3 comments:

rizal hashim said...

Salam EidulFitr kepada semua rakan-rakan seperjuangan di Kosmo! tapi macam mana gambar naib presiden SAM tidak ada, adakah dia sudah diguling oleh Yob Lompat Horey Horey Yob?

September 19, 2009 at 6:09 AM
Wan Fakhrul Wan Bakar said...

itu no komen...hehe
kena tanya sendiri kat yob horey2 tu....
naib presiden sam tiada dlm gambar sebab beliau sudah pulang bercuti ke borneo ketika sesi fotografi dijalankan....
sementara drahman baharun pula sudah bercuti awal kerana patah kaki...

September 19, 2009 at 9:32 PM
Alida Ali said...
This comment has been removed by the author.