Rajagobal miliki banyak pilihan
PERSAINGAN merebut tempat dalam skuad kebangsaan kini semakin sengit. Tiada tempat secara automatik kepada semua pemain kerana mereka perlu bersaing sesama sendiri dan yang terbaik akan mendapat tempat. Itu senario yang berlaku dalam skuad kebangsaan sekarang apabila jurulatih, K. Rajagobal menyenaraikan 10 pemain baru untuk menyertai kem lati- han bagi menghadapi Hong Kong pada perlawanan persahabatan 3 Jun depan. Sepuluh pemain tersebut adalah antara 24 pemain yang dipanggil oleh Rajagobal untuk menyertai kem latihan tersebut. Mereka terdiri daripada dua penjaga gol, Nasril Nourdin dan Syed Adney Syed Hussein, lima pemain pertahanan, Nasriq Baharom, Hisyamudin Shaari, Helmi Remeli, Shahrom Kalam dan Farisham Ismail, seorang pemain tengah, Ismail Faruqi Ashari serta dua penyerang, Abdul Hadi Yahaya dan Safee Sali. Namun Adney, Nasriq dan Safee bukan- lah asing dalam skuad kebangsaan kerana mereka sebelum ini pernah beraksi dengan skuad negara. Peluang terbuka buat ramai pemain baru setelah tujuh pemain kebangsaan terpaksa 'diketepikan' kerana memiliki komitmen bersama skuad Olimpik kebangsaan yang turut memulakan latihan pusat pada 29 Mei ini. Tujuh pemain itu ialah penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Fakri Saarani, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli, K. Gurusamy dan Izzaq Faris Ramlan. "Ini peluang dan masa terbaik untuk saya melihat kemampuan pemain-pemain baru ini setelah mereka mempamerkan aksi baik dalam Liga Super. "Hisyamudin pernah berada dalam skuad remaja negara pada 2004, begitu juga Ismail Faruqi yang pernah saya panggil untuk Sukan SEA 2009 tetapi tercedera. "Cuma Helmi, Shahrom, Farisham dan Abdul Hadi yang baru. Jadi saya mahu melihat kemampuan mereka untuk beraksi di pentas antarabangsa," kata Rajagobal ketika dihubungi Kosmo! semalam. Tiga pemain yang tidak tersenarai kali ini ialah Farizal Marlias, Sabre Mat Abu dan Rizal Fahmi Rosid. Rajagobal turut mempertahankan tindakannya menyenaraikan semula Syed Adney biarpun ada suara-suara sumbang meragui prestasi semasa penjaga gol Sabah itu. "Edwin van der Sar (Manchester United) dan Heurelho Gomes (Tottenham) pun buat kesilapan mudah. Orang lain boleh cakap ada penjaga gol lain lebih bagus. "Tetapi saya akan beri peluang kepada se- siapa pun. Ketika saya menggugurkan Adney untuk Sukan SEA 2009, ramai mempersoalkan. Apabila saya senaraikan semula, dipersoalkan juga," jelas Rajagobal. |
1 comments:
syed adney patutu terus-menerus diberi peluang..die berbakat besar..practice make perfect...
May 15, 2011 at 1:21 PMPost a Comment