Aksi terbaik setakat ini - Azraai


SKUAD bawah 21 tahun (B-21) kebangsaan, Harimau Muda A tewas lagi di Slovakia.

Kali ini mereka tewas 1-3 kepada MFK Tatran Liptovsky Mikulas pada aksi yang berlangsung di gelanggang lawan kelmarin.

Namun jurulatihnya, Azraai Khor Abdullah menganggap ia merupakan aksi terbaik daripada anak-anak buahnya setelah mereka genap sebulan berada di bumi Slovakia semalam.

“Nampak banyak peningkatan dalam pasukan, terutamanya dari segi taktikal. Pasukan kita sudah mampu bersaing dengan pihak lawan.

“Kita banyak juga mencipta peluang di depan pintu gol, cuma pengalaman saja yang membezakan kita dengan kekuatan lawan.

“Secara keseluruhannya, inilah permainan terbaik kami setakat ini. Saya puas hati dengan komitmen dan semangat juang pemain,” kata Azraai kepada Kosmo! semalam.

Pada perlawanan tersebut, Harimau Muda A ketinggalan pada minit ke-44 sebelum Fandi Othman berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-48 setelah menyudahkan gerakan solo S. Sivanesan.

Namun pasukan lawan berjaya menambah dua lagi gol pada minit ke-57 dan 83.

Ditanya apakah kemajuan yang dilihatnya sepanjang tempoh sebulan berada di Slovakia, Azraai berkata, program pendedahan selama tiga bulan itu jelas bakal memberi banyak kesan positif kepada pasukan.

“Dengan suasana perlawanan di sini begitu kompetitif, pemain-pemain muda kita akan lebih cepat matang.

“Kita terima juga komen-komen dari masyarakat bola sepak di sini secara positif berkenaan bakat pemain-pemain kita seperti Muslim Ahmad, Gary Steven Robbat, Affize Faisal Mamat dan Shukur Jusoh,” jelasnya.

Harimau Muda A tewas ketiga-tiga perlawanan mereka sebelum ini kepada Slovan Duslo Sala (1-4), MFK Ruzomberok B (0-2) dan MFK Zemplin Michalovce (0-3).

Perlawanan kelima mereka pada Sabtu ini ialah menentang MFK Dolny Kubin, pasukan yang kini menduduki tangga kelapan Liga 1 Slovakia.
Read More

Kuong Yong digugur akibat kecederaan


SATU-SATUNYA pemain berbangsa Cina dalam skuad bola sepak kebangsaan, Yong Kuong Yong terpaksa melupakan kem latihan bermula hari ini sehingga 9 April depan setelah dia mengalami kecederaan pangkal paha.

Pemain sayap skuad Liga Super Kuala Lumpur itu berkata, dia mengalami kecederaan tersebut ketika membantu pasukannya menewaskan Perlis 2-0 di Kangar pada 13 Mac lalu.

“Pada mulanya memang saya berasa cukup gembira kerana jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal memanggil saya sekali lagi setelah kem latihan fasa pertama pada penghujung bulan lalu.

“Tapi semalam (kelmarin) saya telah menjalani satu ujian perubatan dan doktor mengesahkan yang saya terpaksa berehat antara empat hingga enam minggu sebelum kecederaan pangkal paha ini benar-benar pulih.

“Memang ia sesuatu yang mengecewakan kerana saya begitu bersemangat untuk menyertai latihan pusat skuad kebangsaan,” kata Kuong Yong ketika ditemui pada Majlis Pelancaran KL Hawks di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras petang semalam.

Pemain berusia 22 tahun yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan itu menambah, dia masih belum berpuas hati dengan prestasinya ketika mengikuti latihan skuad kebangsaan sebelum ini.

“Ketika bertemu Yemen, saya diberi peluang beraksi selama 30 minit. Sebelum masuk, memang saya begitu teruja dan bersemangat tetapi apabila berada di atas padang, saya jadi gemuruh dan permainan menjadi kelam kabut.

“Pada perlawanan kedua bertemu Albirex Niigata pula, saya hanya diberi aksi selama tujuh minit. Sudah tentu tidak puas.

“Jadi saya berhasrat untuk mempamerkan aksi lebih mantap dalam saingan Liga Super selepas pulih nanti supaya terus dipanggil pada kem latihan akan datang,” ujar Kuong Yong.

Bagi kem latihan kali ini, Rajagobal memanggil 27 orang pelatih termasuk enam muka baru iaitu Hafiszuan Salehuddin (Perak), Che Ku Ahmad Rusydi Amir Ku Azam (Terengganu), Saufi Sa’aidi (Perak), Abdul Halim Zainal (Negeri Sembilan), Amir Omar Khata (Pulau Pinang) dan S. Harivarman (PDRM).
Read More

Selangor-Negeri Sembilan, Terengganu-Kedah...


MALAM tadi selesai saingan suku akhir kedua TM Piala FA 2010.

Keputusannya, empat pasukan yang berjaya melangkah ke separuh akhir ialah juara bertahan, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kedah.

Saya sendiri sempat menyaksikan perlawanan di antara Selangor dan Pos Malaysia di Stadium Shah Alam dan keputusannya Selangor menang 3-0 untuk mara dengan agregat 8-1.

Di Paroi, Negeri Sembilan menang 3-1 ke atas KL Plus untuk mara dengan agregat 3-2 setelah mereka tewas 0-1 pada aksi pertama di Kelana Jaya.

Selangor akan bertemu Negeri Sembilan pada separuh akhir nanti.

Dua lagi pasukan yang akan berentap di separuh akhir ialah Terengganu bertemu Kedah.

Terengganu yang tewas 1-3 kepada T-Team pada perlawanan pertama telah menyamakan agregat 4-4 setelah mendahului 3-1 pada 90 minit aksi kedua malam tadi.

Pada masa tambahan, Terengganu berjaya menambah satu lagi gol untuk kemenangan 4-1 dan mara ke separuh akhir dengan agregat 5-4.

Kedah pula yang terikat 1-1 dengan ATM pada aksi pertama di Alor Setar, bangkit dengan kemenangan besar 5-0 di Selayang malam tadi untuk mara dengan agregat 6-1.

Musim lalu, separuh akhir Piala FA menemukan Selangor dan Perlis, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Selangor dan Kelantan mara ke final dan akhirnya Selangor muncul juara menerusi penentuan sepakan penalti.

JADUAL SEPARUH AKHIR PIALA FA 2010:

SELASA, 30 MAC 2010:

SELANGOR lwn NEGERI SEMBILAN (Std. Shah Alam)
TERENGGANU lwn KEDAH (Std. SINS, K.Tganu)

SABTU, 3 APRIL 2010:

NEGERI SEMBILAN lwn SELANGOR (Std. TAR, Paroi)
KEDAH lwn TERENGGANU (Std. Darul Aman, Alor Setar)



Read More

‘Jangan perlekeh Slovakia’


“KAMI tidak mahu bola sepak Slovakia dipandang rendah.

“Kami adalah antara pasukan yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010, pertama kali sejak kami menjadi sebuah negara yang merdeka pada 1993.”

Demikian penjelasan Pengarah Liga I, ULK Slovakia, Peter Dedik dalam satu kenyataan yang diedakan kepada media oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Kenyataan tersebut bertarikh 16 Mac 2010.

Dedik mengeluarkan kenyataan tersebut kerana mereka merasakan turut terkena tempias ekoran dakwaan pihak tertentu berhubung isu skuad Bawah 21 tahun (B-21 negara, Harimau Muda.

Menurutnya, mereka berasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak media di Malaysia yang mempersoalkan status penyertaan skuad B-21 negara dalam baki saingan Liga I bagi musim 2009/10.

“Biarpun secara dasarnya ia adalah isu dalaman antara FAM dan pihak media Malaysia, kami juga tidak terlepas dalam hal ini kerana ia melibatkan tahap Liga Slovakia yang turut dipersoalkan.”

Jelas Dedik, meskipun mereka tidak berhasrat untuk terseret sama dalam kontroversi yang berlaku, kenyataan ULK Slovakia itu adalah semata-mata untuk memberi penjelasan tentang isu tersebut.

“Kami mahu jelaskan bahawa semua kelab di bawah ULK Slovakia adalah bertanggungjawab sepenuhnya serta mengambil pendekatan profesional dalam setiap perlawanan menentang skuad B-21 Malaysia ini.

“Tidak kira sama ada ia dianggap sebagai perlawanan kompetitif atau perlawanan persahabatan.

“Kami tidak akan mengambil sikap mempersendakan perlawanan tersebut dan ia jelas dilihat dengan kelab yang telah menentang skuad B-21 Malaysia apabila mereka tampil dengan aksi terbaik dan bukannya sambil lewa,” kata Dedik.

Selepas mengharungi tiga perlawanan sejak 27 Februari lalu, Harimau Muda A masih mencari kemenangan sulung setelah tewas 1-4 kepada Slovan Duslo Sala, tewas 0-2 kepada MFK Ruzomberok B dan tewas 0-3 kepada MFK Zemplin Michalovce, Sabtu lalu.

Perlawanan keempat Sabtu ini bakal menyaksikan anak-anak buah Azraai Khor Abdullah itu menentang MFK Zemplin Michalovce di gelanggang lawan.

Kenyataan Dedik itu seharusnya dipandang serius oleh pihak tertentu.

Andai penjelasan FAM Isnin lalu masih belum memuaskan hati, kenyataan daripada Kesatuan Kelab-Kelab Liga (ULK) Slovakia diharpaan dapat membuka mata semua dan pengakuan ULK membuktikan bahawa misi skuad B-21 ke sana bukanlah ‘makan angin’ seperti yang didakwa.
Read More

Rajagobal serap tujuh muka baru


TUJUH muka baru termasuk Khyril Muhymeen Zamri yang baru pulih daripada kecederaan dipanggil semula oleh jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, K. Rajagobal untuk latihan pusat selama 19 hari bermula Isnin ini hingga 9 April depan.

Selain Khyril, 23, enam pemain baru yang disenaraikan termasuk Hafiszuan Salehuddin, 23, (Perak), Che Ku Ahmad Rusydi Amir Ku Azam, 23, (Terengganu), Saufi Sa’aidi, 22, (Perak), Abdul Halim Zainal, 22, (Negeri Sembilan), Amir Omar Khata, 21, (Pulau Pinang) dan S. Harivarman, 20, (PDRM).

Senarai 27 pelatih yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam hanya menampilkan tujuh pemain yang sudah melepasi usia 23 tahun.

Mereka ialah Farizal Marlias, Sharbinee Allawee Ramli, Norhafiz Zamani Misbah, Ashaari Shamsuddin, Norshahrul Idlan Talaha, Azmi Muslim dan S. Kunanlan.

Ini kerana saingan Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China pada 12 hingga 27 November depan hanya melibatkan pemain-pemain bawah 23 tahun manakala pemain senior terbabit diperlukan untuk saingan Piala AFF 2010 pada Disember depan.

Namun empat pemain muda yang dipanggil pada latihan pusat bulan lalu tidak disenaraikan semula kali ini iaitu Alif Samsudin (Negeri Sembilan), Khairul Helmi Johari (Kedah), Abdul Hadi Hamid (Kedah) dan S. Chanthuru (Kelantan).

Bagi latihan pusat kali ini, dua perlawanan persahabatan telah diatur iaitu bertemu pasukan pilihan kelab Thailand, BEC Tero Sasana di Bangkok pada 25 Mac depan serta satu lagi perlawanan persahabatan yang akan ditentukan kemudian.

Kesemua 27 pelatih yang disenaraikan itu dikehendaki melaporkan diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada pukul 3 petang Isnin ini.

INFO:

SENARAI 27 PELATIH SKUAD KEBANGSAAN:

PENJAGA GOL: Farizal Marlias (Perlis), Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu), Amir Omar Khata (P.Pinang).

PERTAHANAN: Norhafiz Zamani Misbah (KL Plus), Nasriq Baharom (Selangor), Aidil Zafuan Radzak (N.Sembilan), Asraruddin Putra Omar (Selangor), Azmi Muslim (Kedah), Sabree Mat Abu (Kedah), Muhaimin Omar (Terengganu).

TENGAH: Hafiszuan Salehuddin (Perak), S. Harivarman (PDRM), Bunyamin Umar (Selangor), Abdul Halim Zainal (N.Sembilan), Safiq Rahim (Selangor), Yong Kuong Yong (K.Lumpur), S. Kunanlan (N.Sembilan), Che Ku Ahmad Rusydi Amir Ku Azam (Terengganu), Amar Rohidan (Perlis), Baddrol Bakhtiar (Kedah).

PENYERANG: Ashaari Shamsuddin (Terengganu), Zaquan Adha Radzak (N.Sembilan), Saufi Sa’aidi (Perak), Faizal Abu Bakar, Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan), Ahmad Fakri Saarani (Perlis).
Read More

Separuh akhir Piala FA ditunda

PERLAWANAN separuh akhir pertama Piala FA pada 27 Mac depan ditunda.

Demikian pengesahan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Ia adalah untuk memberi laluan kepada aksi persahabatan antara skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan yang akan menentang kelab Thailand, BEC Tero Sasana FC di Bangkok pada hari berkenaan.

Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan berkata, tarikh baru aksi separuh akhir pertama Piala FA itu ialah pada Selasa, 30 Mac.

“Aksi separuh akhir kedua kekal pada 3 April manakala perlawanan akhir Piala FA 2010 juga kekal pada 10 April depan.

“Bagi Piala Malaysia pula, tiga perlawanan terpaksa dipinda kerana skuad kebangsaan akan beraksi pada satu kejohanan jemputan di Vietnam dari 29 September hingga 2 Oktober depan.

“Tapi perlawanan akhir Piala Malaysia kekal pada tarikh asal iaitu 30 Oktober depan,” katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

FAM sebelum ini pernah menyatakan aksi pada 27 Mac depan itu merupakan perlawanan persahabatan antarabangsa berstatus A kerana ia menemukan skuad kebangsaan Malaysia dan Thailand.

Sementara itu, Che Mat turut memberitahu, dua insiden berasingan membabitkan pegawai pasukan ‘menyerang’ pengadil pada aksi Liga Super Sabtu lalu akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam masa terdekat.

“Ia melibatkan pertemuan Kedah dan Negeri Sembilan di Alor Setar yang mana pegawai pasukan Kedah telah masuk ke padang dan menyerang pengadil selepas perlawanan.

“Satu lagi kes, Terengganu bertemu Pahang di Kuala Terengganu apabila jurulatih dan pegawai pasukan Pahang menuju ke arah pengadil sebaik tamat separuh masa pertama.

“Sepatutnya kes ini tak berlaku kerana pegawai yang mengawal tingkah laku pemain mereka. Tapi sebaliknya berlaku,” jelas Che Mat.
Read More

FAM beri penjelasan isu Slovakia


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung status skuad bawah 21 tahun (B-21) negara atau Harimau Muda A yang ketika ini di Slovakia.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad berkata, pihaknya tidak berhasrat menyembunyikan fakta atau menipu, malah serius mengatur siri perlawanan kompetitif selama tiga bulan menentang kelab- kelab Liga 1 Slovakia itu.

"Apabila FAM tulis surat kepada Kesatuan Kelab-Kelab Liga (ULK) Slovakia, kita sudah memberitahu yang kita tak mahu perlawanan persahabatan.

"Kalau perlawanan persahabatan, kita tak perlu melalui proses permohonan seperti ini. Kita boleh saja pergi ke England, Brazil, Jepun atau negara-negara lain.

"Jadi apabila ULK Slovakia memberi perse- tujuan, mereka kata, skuad Harimau Muda A akan bermain dalam liga dan bukannya perla- wanan persahabatan.

"Kita tak pernah fikir pun nak buat perlawa- nan persahabatan. Jika tidak, tak perlulah kita ikut segala saluran ULK Slovakia ini," kata Redzuan pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Jelas Redzuan, beliau juga kecewa dengan laporan sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu yang seolah-olah sengaja membuat tudu- han negatif terhadap usaha FAM menghantar Harimau Muda A ke Slovakia itu.

"Mereka laporkan saya tidak tahu. Sedangkan saya beri penjelasan seperti yang saya beritahu hari ini (semalam). Tetapi mereka tulis tentang itu saja. Ia tidak adil dan memberi imej negatif terhadap diri saya.

"Tentang aksi di Slovakia ini, kita boleh andaikan pasukan Filipina beraksi dalam Liga Malaysia. Sudah tentu pasukan-pasukan kita tak mahu tewas kepada pasukan Filipina itu," ujarnya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menegaskan, apa yang diberitahu Presiden ULK Slovakia, Charles Belanik kepadanya, itulah juga yang disam- paikannya kepada pihak media pada 19 Februari lalu.

"Kita dikenakan syarat asas sama seperti pasukan Liga 1 Slovakia lain seperti membayar yuran penganjuran perlawanan serta yuran menyertai liga. Apa dia buat dengan duit itu, ia di luar kawalan FAM.

"Dia beri jadual liga dan mata akan diberi kepada pasukan lawan. Selepas kita main dua perlawanan awal, saya tak ambil endah sangat tentang kiraan mata itu kerana tujuan asal kita adalah untuk pendedahan.

"Tetapi sama ada ULK Slovakia beri mata atau tidak, kita rasa kurang manis untuk kita semak atau pertikaikan semula kepada mereka kerana kutipan mata bukan menjadi isu utama," katanya.

Berhubung keseriusan pihak lawan bertemu Harimau Muda A pada aksi yang dianggap perlawanan persahabatan itu, Azzuddin menegaskan: "Selepas tiga perlawanan ini, tiada lagi pasukan lawan yang turun beraksi memakai skirt atau kain sarung."

"Lawan tetap menurunkan pemain berdaftar mereka dan senarai permulaan perlawa- nan turut dikeluarkan. Sama ada mereka ber- main 10 atau 20 peratus tahap sebenar, itu kita tak boleh ukur.

"Jika mereka main saja-saja, dah tentu kita boleh menang 6-0 atau 7-0. Tetapi kita tetap tewas ketiga-tiga perlawanan ini."

Azzuddin juga membidas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang mempersendakan penghantaran dua tukang masak Majlis Sukan Negara (MSN) ke Slovakia bagi penye- diaan makanan halal buat pemain Harimau Muda A yang majoritinya beragama Islam.

"Walaupun penulis itu bukan Muslim tetapi dia patut tahu di Slovakia sukar mendapatkan makanan halal.

"Skuad hoki ke New Zealand dan kontinjen Sukan SEA ke Laos turut buat perkara sama tetapi tak pula jadi isu," jelasnya.
Read More

Futsal: Maizal panggil 18 pemain



SKUAD futsal kebangsaan kembali berkumpul hari ini bagi persiapan menghadapi Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2010 di Ho Chi Minh, Vietnam dari 5 hingga 11 April depan.

Jurulatih futsal kebangsaan, Maizal Hairi Marzuki berkata, memandangkan tempoh persiapan hanya dua minggu, dia memanggil 18 pelatih saja berbanding 20 pelatih seperti kebiasaannya.

"Saya hanya panggil 18 pemain kerana masa agak suntuk. Kita akan terus memberi tumpuan sepenuhnya terhadap latihan kerana tidak sempat membuat pemilihan pemain lagi.

"Pemain-pemain akan berkumpul esok (hari ini) dan turun menjalani latihan di Real Sports Arena, Klang bermula Ahad ini (esok)," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jelas Maizal, 37, kesemua 14 pemain negara yang dibawa ke Jakarta, Indonesia bagi Kelayakan Futsal Asia 2010 pada bulan lalu dikekalkan.

Mereka ialah Firdaus Razali, S. Devandran, Hafis Awang, Mohd. Fairuz Mohd. Noor, Addie Azwan Zainal, Ruzaley Abd. Aziz, Qaiser Heshaam Abdul Kadir.

Muizzudin Haris, Safar Mohammad, Khairul Rizuan Harif Pagilah, Fadzil Ab. Karnim, Khairul Effendy Bahrin, Akhmall Abdullah dan Afandi Bonyamin.

"Baki empat lagi pemain yang dipanggil ialah dua bekas pelatih sebelum ini iaitu Samsul Abd. Latif dan Ahmad Ridzuan Abd. Halim serta dua pemain baru dari pasukan Selangor dan Felda United.

"Sepanjang tempoh latihan ini, kami akan memperbaiki semula segala kelemahan di Jakarta bulan lalu dan bertekad menebus semula kegagalan apabila beraksi di Vietnam nanti," jelas Maizal.

Menurut laporan akhbar Vietnam, Nhan Dan Online, Kejuaraan Futsal AFF 2010 akan disertai lima pasukan iaitu Vietnam, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Myanmar tanpa kehadiran juara bertahan, Thailand.

Lima pasukan itu akan bersaing secara liga satu pusingan dan dua pasukan teratas akan layak ke final.
Read More

Skuad Harimau Muda A ketepi isu di luar padang



JURULATIH skuad Bawah 21 (B-21) kebangsaan, Azraai Khor Abdullah meminta para pemainnya supaya kembali fokus menjelang pertemuan menentang MFK Zemplin Michalovce di Slovakia esok.

Dalam beberapa hari lalu, suasana harmoni dalam skuad Harimau Muda A itu dilaporkan sedikit terganggu ekoran laporan sebuah akhbar tempatan Selasa lalu.

Menurut Azraai, biar apa pun tanggapan pihak luar tentang status skuad bimbingannya itu, mereka tetap akan meneruskan misi selama tiga bulan di Slovakia.

"Kami tetap dengan misi kami. Kami mahu menimba sebanyak mungkin pengalaman apabila dapat bersaing dengan pasukan liga di sini (Slovakia) yang rata-rata dibarisi pemain-pemain senior.

"Matlamat kami pada akhir kunjungan selama tiga bulan ini nanti ialah untuk memastikan pemain-pemain muda kita telah berjaya mempelajari aspek kemajuan bola sepak dari segi fizikal dan mental," kata Azraai kepada Kosmo! semalam.

Sejak tiba di Zlate Moravce, Slovakia pada 21 Februari lalu, skuad Harimau Muda A telah menghadapi empat perlawanan tetapi masih belum mencipta kemenangan.

Dalam dua perlawanan awal menentang kelab Liga 1 Slovakia, mereka tewas 1-4 kepada pasukan tercorot, Slovan Duslo Sala sebelum tewas 0-2 kepada pasukan tangga kedua tercorot, MFK Ruzomberok B.

Selain itu, semasa tempoh senggang antara kedua-dua perlawanan tersebut, Harimau Muda A turut sempat mengadakan dua lagi aksi persahabatan menentang skuad simpanan kelab Liga Corgon Slovakia, MSK Zilina (seri 2-2) dan kelab Liga 2 Slovakia, FK Topolocany (tewas 0-1).

Menjelang pertemuan ketiga menentang Zemplin yang kini menduduki tangga keenam Liga 1 Slovakia, Azraai berkata, mereka akan diperkuat semula dengan kehadiran Ahmad Shakir Md. Ali dan K. Gurusamy yang telah pulih daripada kecederaan.

"Kami akan cuba untuk mempamerkan peningkatan berbanding perlawanan-perlawanan yang lalu dan tidak sesekali akan melupakan harapan peminat Malaysia," tambahnya.
Read More

Sultan Ahmad Shah murka


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah murka dengan dakwaan sebuah akhbar tabloid tempatan kelmarin yang mengatakan skuad bawah 21 tahun (B-21) negara di Slovakia telah 'kena main' majikan sendiri.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, baginda menganggap laporan yang bersifat 'sensasi' itu langsung tidak mendatangkan faedah kepada perkembangan bola sepak negara.

"Mengikut apa yang dititahkan Tuanku, baginda nampaknya murka dengan laporan berita tersebut kerana ia mungkin akan menjejaskan moral dan semangat pemain-pemain B-21 negara yang berada di Slovakia ketika ini.

"Apabila saya pulang ke tanah air nanti, saya akan memohon penjelasan daripada pihak akhbar terbabit dan jika ia tidak memuaskan, Tuanku mahu kita (FAM) mengambil tindakan undang-undang," kata Azzuddin yang kini berada di Slovakia.

Isu tersebut timbul apabila dua perlawanan awal skuad B-21 negara menentang pasukan Liga Divisyen Dua Slovakia, Liga I iaitu Slovan Duslo Sala dan MFK Ruzomberok sebenarnya hanyalah berstatus aksi persahabatan.

Ia jelas bertentangan dengan apa yang diberitahu pihak FAM sebelum ini yang menyatakan semua 14 perlawanan yang disediakan buat skuad B-21 negara itu dikira sebagai aksi kompetitif dalam liga tersebut.

Biarpun demikian, Azzuddin tetap menganggap akhbar tabloid tersebut tidak memahami tujuan asal FAM menghantar skuad pelapis negara itu ke Slovakia untuk tempoh tiga bulan sehingga penghujung Mei depan.

"Apa yang saya boleh komen dengan laporan seperti itu. Ia dengan sendirinya mendedahkan mutu atau tahap profesionalisme penulis itu sendiri.

"FAM tidak ada masa untuk melayan laporan-laporan seperti ini yang tidak memberi apa-apa faedah kepada pembangunan bola sepak negara.

"Tugas FAM ialah menyediakan pasukan bola sepak kebangsaan," kata Azzuddin menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! semalam.

Azzuddin turut memohon pihak media tempatan supaya memberi sokongan kepada pasukan skuad B-21 negara itu dan bukan sebaliknya.

"Mereka (skuad B-21 negara) pergi ke Slovakia ini bukanlah untuk menjadi juara Liga Slovakia. Itulah yang pihak akhbar berkenaan tidak faham," tambah Azzuddin.

Sementara itu, laman sosial facebook Harimau Muda yang sebelum ini kerap mengemaskini status terbaru pasukan dari Slovakia setiap hari telah mengambil pendekatan 'tutup mulut' selepas laporan berita tersebut keluar.

"Pihak Harimau Muda mengambil pendekatan untuk tidak membuat sebarang komen berhubung status kami di Slovakia.

"Apa pun matlamatnya, kami di sini untuk mendapatkan pendedahan di peringkat yang kompetitif di samping memantapkan diri dan pasukan untuk cabaran yang akan datang.

"Hasil yang diperoleh dari sini akan kami gunakan sebaiknya demi memartabatkan sukan bola sepak negara," kata satu status di laman facebook berkenaan yang dikendalikan jurulatihnya, Azraai Khor Abdullah dan penolong jurulatih, Azman Eusoff.
Read More

'Posmen' kena belasah di Selayang


JUARA bertahan, Selangor berada 'sebelah kaki' ke separuh akhir Piala FA 2010 setelah mudah membelasah Pos Malaysia 5-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Selayang malam tadi.

Skuad bimbingan K. Devan itu yang tampil kali pertama dengan jersi ketiga mereka berwarna biru muda selesa mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.

Kapten Selangor, Amri Yahyah membuka tirai jaringan pada minit ke-21.

Amri meledak gol kedua Red Giants lima minit kemudian selepas menyambung bola muntah hantaran Amirulhadi Zainal.

Gol ketiga Selangor menyusul pada minit ke-41 selepas hantaran Amri dari sebelah kiri berjaya disudahkan dengan kemas oleh Safee Sali.

Penyerang gantian, Rudie Ramli menambah gol keempat Selangor selepas menyudahkan hantaran Safiq Rahim pada minit ke-69.

Kelekaan benteng pertahanan Selangor bagaimanapun dihukum apabila Pos Malaysia berjaya memperoleh gol menerusi pemain gantian, Khairul Zal Azmi pada minit ke-77.

Namun, Selangor hanya memerlukan seminit untuk memperoleh gol kelima menerusi jaringan Rudie.
Read More

Marhaban2u.com - Rezeki Baru Anda


Ahlan wahsalan ya marhaban kepada semua, bersempena hari kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW dan majlis sambutan Maulidurasul yang gilang-gemilang, sebuah program kebajikan ummah dibawah naungan Marhaban2u.com - Rezeki Baru Anda dilancarkan.

Program yang berasaskan bantu-membantu dalam memberi khidmat kebajikan kepada ummah disamping memberi pulangan lumayan dan disertakan produk berupa bacaan Al-Quran dan dendangan nasyid terbaru dari kumpulan Rabbani 'Mahabbah'

Anda tidak akan rugi kerana modal yang diperlukan hanya RM20 saja. Tiada Risiko!
Kini anda mampu untuk memperolehi lebih dari itu dengan http://www.marhaban2u.com/?ref=1238

"Sekiranya kita lambat bertindak, esok kehidupan kita tetap sama"

Kunjungi Website saya : http://www.marhaban2u.com/?ref=1238

Sukses Selalu!
Read More

Futsal: Lalai di saat genting punca gagal


MALAYSIA menamatkan Pusingan Kelayakan ASEAN Kejuaraan Futsal Asia 2010 di Jakarta, Indonesia dengan kegagalan.

Kekalahan 3-6 kepada Vietnam selepas masa tambahan pada aksi penentuan tempat ketiga kelmarin menutup terus peluang Malay- sia untuk beraksi pada pusingan akhir di Uz- bekistan, Mei depan.

Segalanya bermula dengan baik apabila skuad negara mudah menewaskan Filipina 4-1 pada perlawanan sulung Kumpulan B, Sabtu lalu.

Pada aksi kedua, Malaysia mudah membelasah Kemboja 13-1 biarpun sebelum perlawanan mereka telah dihina penyokong Indonesia yang enggan berdiri ketika lagu Negaraku berkumandang.

Begitu juga pada aksi terakhir kumpulan di mana Malaysia bangkit daripada ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama untuk mengi- kat Vietnam 2-2, sekali gus muncul juara kum- pulan berdasarkan kelebihan jaringan.

Pada aksi bertemu Vietnam itu juga, penyo- kong Indonesia sekali lagi bertindak biadap mempersendakan lagu Negaraku dengan menyanyikan lagu Indonesia Raya ketika lagu ke- bangsaan Malaysia itu didendangkan sebelum perlawanan.

Selepas itu, rezeki tampak seakan tidak mahu menyebelahi skuad negara bermula pada aksi separuh akhir menentang tuan rumah, Indonesia, Rabu lalu.

Biarpun berjaya mendahului 1-0 sehingga permainan hanya berbaki sembilan minit, skuad negara akhirnya tunduk 3-5 kepada Indonesia dengan empat daripada gol tersebut terhasil dalam tempoh lima minit.

Peluang kedua untuk merebut satu lagi slot bagi mengiringi Australia dan Indonesia hadir dengan pertemuan tempat ketiga menentang Vietnam kelmarin.

Nampak seperti sebelah kaki Malaysia akan melangkah ke Uzbekistan setelah berjaya mendahului 3-2 sebelum Vietnam akhirnya menyamakan kedudukan ketika permainan hanya berbaki 32 saat.

Selepas masa tambahan selama 10 minit hampir berakhir pula, Vietnam berjaya memperoleh tambahan tiga gol ketika perlawanan hanya tinggal 46 saat untuk ditamatkan bagi penentuan sepakan penalti.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin yang juga pengurus pasukan, kegagalan tersebut sama sekali bukan menandakan prestasi dan mutu futsal negara telah menurun.

"Saya tak setuju sama sekali. Saya rasa ga- bungan pemain ketika ini jauh lebih baik daripada sebelum ini. Cuma mereka perlukan masa.

"Kita mempunyai banyak peluang menjaringkan gol ketika bertemu Indonesia pada separuh akhir dan Vietnam pada penentuan tempat ketiga. Cuma kita gagal terjemahnya dengan baik.

"Bukan nak kata kita tak mantap atau In- donesia serta Vietnam lebih bagus. Cuma di Jakarta kali ini, rezeki tidak memihak kepada pasukan Malaysia," kata Hamidin ketika ditemui semalam.

Skuad futsal negara yang terdiri daripada 14 pemain tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang petang semalam.

Ditanya pula tentang kegagalan Malaysia layak ke pusingan akhir Kejuaraan Futsal Asia buat pertama kalinya sejak 10 tahun lalu, Hamidin menjelaskan, terdapat tiga faktor yang menjadi penyumbang.

"Pertamanya, ini pertama kali Australia turut terselit dalam saingan kelayakan Zon ASEAN. Keduanya sebelum ini kita sering layak kerana 10 pasukan terbaik Asia akan layak automatik.

"Ketiga, ini pertandingan antarabangsa pertama yang kita gandingkan muka baru dengan beberapa pemain lama. Ada yang baru pertama kali tampil di pentas antarabangsa," jelasnya.

Enggan terus meratapi kegagalan tersebut, Hamidin bingkas menyatakan, skuad negara perlu mara ke perlawanan akhir Kejohanan Futsal ASEAN (AFF) 2010 yang akan berlang- sung di Vietnam, April depan.

"Kita akan kumpul semula pemain pada 7 atau 10 Mac depan untuk kem latihan ke kejo- hanan tersebut. Mungkin ada beberapa pemain baru akan dipanggil.

"Ini merupakan medan terbaik untuk kita membuktikan bahawa pasukan kita ini sebenarnya adalah yang terbaik berbanding mereka," tegas Hamidin.

Sementara itu, jurulatih negara, Maizal Hairi Marzuki menyifatkan para pemainnya sudah memberikan yang terbaik pada saingan di Jakarta itu tetapi faktor kelalaian di saat-saat genting akhirnya menyebabkan mereka gagal ke Uzbekistan.

"Banyak yang boleh dipelajari pemain yang rata-ratanya kurang pengalaman di pentas antarabangsa. Selepas ini kita akan tumpu untuk pertingkatkan sentuhan penyudah.

"Kita banyak menyerang tetapi gagal untuk lakukan penyudah berkesan. Tentang set piece, kita memang buat dalam latihan tetapi ia tidak cukup sempurna.

"Apa pun pemain telah lakukan yang terbaik, cuma tuah di Jakarta ini kurang baik buat pasukan kita biarpun mereka telah berjaya menyerap tekanan beraksi di hadapan penyokong Indonesia," kata Maizal.
Read More

Futsal: Juara sasaran Malaysia


BIARPUN dibarisi ramai pemain baru, Malaysia tetap meletakkan sasaran untuk menjuarai Pusingan Kelayakan ASEAN Kejuaraan Futsal Asia 2010 di Jakarta, Indonesia yang bermula Sabtu ini hingga 25 Februari.

Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, jika mampu muncul tiga pasukan terbaik pada pusingan kelayakan ini, Malaysia akan melangkah ke pusingan akhir di Uzbekistan pada Mei depan.

“Pihak pengurusan mahu pasukan ini mengekalkan rekod bersih kerana sejak 10 tahun terakhir ini, kita tidak pernah gagal layak ke pusingan akhir. Jadi kita harap dapat menjadi juara pusingan kelayakan kali ini.

“Jika pemain tampil dengan komitmen 100 peratus, saya rasa tiada alasan untuk kita gagal muncul sebagai tiga pasukan terbaik dan seterusnya layak ke Uzbekistan,” kata Hamidin pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Hamidin yang juga merupakan pengurus pasukan mengumumkan senarai 14 pemain yang bakal terbang ke Jakarta pada Khamis ini dengan mengetepikan enam pelatih iaitu Hishamuddin Manjur Ahmad, Farid Yusof, R. Deventhiran, Samsul Abd. Latif dan Ahmad Ridzuan Abd. Halim.

Sementara itu, jurulatih negara, Maizal Hairi Marzuki menjelaskan, ketiga-tiga penjaga gol iaitu S. Devandran, Firdaus Razali dan Hafis Awang disenaraikan dalam skuad ke Jakarta bagi memastikan sejarah hitam pada Kejohanan Futsal ASEAN 2009 di Vietnam Jun lalu tidak berulang.

“Ketika di Vietnam, kami hanya bawa dua penjaga gol dan kedua-dua mereka telah dilayangkan kad merah ketika perlawanan pertama menentang Indonesia. Kemudian kami tidak mempunyai penjaga gol pada aksi kedua yang cukup penting ketika bertemu Thailand.

“Jadi kita tak mahu ambil risiko insiden seperti itu berulang kali ini. Tentang saingan peringkat kumpulan di Jakarta nanti, saya rasa Vietnam pasukan paling mencabar manakala pertemuan dengan Filipina dan Kemboja, kita yakin boleh menang,” ujar Maizal.

Sementara itu, ketua pasukan negara, Addie Azwan Zainal, 30, menganggap Indonesia lawan lebih mudah untuk ditumpaskan berbanding Australia apabila kedua-dua pasukan itu bakal menjadi lawan jika mereka layak ke separuh akhir.

“Biarpun Indonesia beraksi di hadapan penyokong sendiri, mereka masih sama taraf dengan kita. Tapi Australia jelas memiliki kelebihan fizikal. Apa pun, kami perlu bersedia menghadapi sesiapa saja untuk mara ke final,” kata Addie yang mahu bersara selepas Sukan SEA 2011.




INFO:

SKUAD FUTSAL MALAYSIA

PENGURUS: Datuk Hamidin Mohd. Amin
KETUA JURULATIH: Maizal Hairi Marzuki
JURULATIH PENJAGA GOL: Zaidi Ramli

PEMAIN:
S. Devandran, Firdaus Razali, Hafis Awang (penjaga gol); Akhmall Abdullah, Fairuz Mohd. Noor, Afandi Bonyamin, Addie Azwan Zainal (kapten), Ruzaley Abd. Aziz, Qaiser Heshaam Abdul Kadir, Safar Mohamad, Muizzudin Haris, Khairul Rizuan Harif Pagilah, Fadzil Ab. Karnim, Khairul Effendy Bahrin.

JADUAL PERLAWANAN:

20 Februari - MALAYSIA lwn Filipina
21 Februari - MALAYSIA lwn Kemboja
22 Februari - MALAYSIA lwn Vietnam
24 Februari: Separuh Akhir
25 Februari: Final & Penentuan Tempat Ketiga

* Semua perlawanan berlangsung di Stadium Tenis Tertutup Senayan, Jakarta.
Read More

Anugerah SAM-100PLUS kembali


SIAPA yang menjadi pilihan ahli-ahli Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) sebagai atlet terbaik tahunan untuk mengungguli Anugerah SAM-100PLUS 2009 bakal terjawab pada 20 Februari ini.

Majlis anugerah tersebut yang akan berlangsung di Hotel Hilton, Petaling Jaya bakal turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Enam calon atlet yang telah disenarai pendek untuk anugerah tersebut telah diumumkan Presiden SAM, Ahmad Khawawi Isa pada satu sidang media di hotel berkenaan semalam.

Mereka ialah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David (skuasy), Azizulhasni Awang (basikal), Daniel Bego (renang), Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee (terjun) serta skuad badminton wanita negara.

“Pemilihan senarai pendek enam calon ini dilakukan oleh SAM dengan bantuan Bahagian Elit Majlis Sukan Negara (MSN) berdasarkan pencapaian atlet negara sepanjang 2009.

“Ini merupakan julung kalinya ahli SAM sendiri mengundi siapa pilihan mereka kerana sebelum ini kita menggunakan panel pemilihan. Ia menjadikan anugerah ini benar-benar pilihan ahli SAM sendiri,” kata Khawari.

Pemenang bagi anugerah tersebut bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

Ditanya mengapa skuad bola sepak negara yang memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 tidak disenaraikan, Khawari berkata: “Skuad bola sepak ada dalam senarai dipertimbangkan tetapi mereka tiada dalam senarai akhir. Cuma tunggulah hari anugerah itu nanti, akan ada kejutan.”

Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Datuk Kamal Harun berkata, satu anugerah khas iaitu ‘Outdo Yourself’ turut akan diumumkan pada majlis tersebut.

“Ia akan diberikan kepada atlet yang menyerlah dan berjaya mencapai lebih daripada prestasi semasa mereka. Terdapat dua atau tiga calon yang kita senarai pendek, tunggulah pengumumannya 20 Februari depan,” katanya.

Dalam pada itu, ahli-ahli SAM turut bersaing dalam Anugerah Media SAM-KBS 2009 meliputi enam kategori iaitu Berita Terbaik (cetak), Ulasan Terbaik (cetak), Berita Terbaik (elektronik), Ulasan Terbaik (elektronik), Laporan Khas (cetak & elektronik) serta Gambar Terbaik.

Lima calon terakhir bagi setiap kategori bakal menerima RM500, pemenang setiap kategori menerima RM3,000 dan trofi manakala pemenang utama keseluruhan akan membawa pulang wang tunai RM7,000 dan trofi.
Read More

Trofi Piala Dunia FIFA kini di ibu negara


PETANG semalam (Khamis, 28 Januari 2010) mungkin menjadi tarikh bersejarah dalam hidup aku kerana selepas 27 tahun 3 bulan berada di muka bumi ini, inilah pertama kali aku dapat bergambar kenangan di sebelah trofi Piala Dunia FIFA yang menjadi rebutan pasukan bola sepak semua negara di dunia ini.

Peluang tidak diduga ini muncul secara tiba-tiba ketika aku ditugaskan membuat liputan majlis pelancaran media Jelajah Trofi Piala Dunia FIFA di Hotel The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur semalam.

Selesai saja majlis, para hadirin diberi peluang untuk mengambil gambar dan sudah tentulah aku pun tidak mahu ketinggalan.

Kalau terlepas kali ini, mungkin empat tahun lagi iaitu 2014 baru aku akan mendapat peluang begini sekali lagi.

Kepada mereka di luar sana, anda juga berpeluang bergambar seperti ini pada hari ini (Jumaat).

Sesi bergambar akan dibuka kepada umum dari 10 pagi hingga 10 malam ini di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur.

Ayuh, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

'Tak dapat julang, tak dapat pegang, berdiri sebelah trofi pun jadilah'



Read More

Pindaan tarikh beberapa perlawanan Liga Super dan Piala FA 2010


PERLAWANAN Liga Super membabitkan Johor FC dengan KL Plus di Stadium JCorp, Pasir Gudang malam esok telah ditunda ke 9 Februari depan.

Bagaimanapun enam lagi perlawanan Liga Super yang dijadualkan berlangsung esok tetap akan berlangsung seperti biasa.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, dua perlawanan Liga Super pada Sabtu lalu yang ditangguhkan juga akan berlangsung pada 9 Februari depan.

“Dua perlawanan Sabtu lalu iaitu Johor bertemu T-Team dan Pahang bertemu Negeri Sembilan bersama-sama perlawanan Johor FC bertemu KL Plus yang sepatutnya berlangsung Selasa (esok) akan ditunda ke 9 Februari 2010,” kata Azzuddin semalam.

Penundaan itu dibuat bagi menghormati kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail pada Jumaat lalu memandangkan negeri Johor berkabung selama tujuh hari manakala Pahang selama tiga hari.

Tambah Azzuddin, satu lagi perlawanan yang terbabit dengan perubahan tarikh ialah pertemuan Johor dengan Negeri Sembilan di Larkin Sabtu ini yang ditunda ke tarikh baru iaitu 16 Mac 2010.

Sementara itu, mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM yang bersidang pada Khamis lalu telah membuat pindaan tarikh terhadap beberapa perlawanan Piala FA 2010.

“Perlawanan pusingan pertama akan berlangsung pada 2 dan 6 Februari, pusingan kedua pada 16 dan 20 Februari, suku akhir pada 9 dan 20 Mac, separuh akhir pada 27 Mac dan 3 April manakala perlawanan akhir pada 10 April.

“Mesyuarat JKPT juga telah membuat keputusan bahawa pasukan Pahang UiTM layak secara automatik ke pusingan kedua Piala FA setelah pasukan Ban Hoe Leong terkeluar daripada saingan,” kata Azzuddin.
Read More

Selangor tetap berwaspada


APA jua keputusan perlawanan antara Terengganu dengan Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu Sabtu ini, tidak akan mengubah kedudukan Selangor selaku pendahulu Liga Super.

Namun pertembungan dua pasukan tangga teratas liga itu tetap penting dalam menentukan kedudukan dalam liga yang akan berehat selama lima minggu selepas berakhirnya perlawanan ketujuh pada 30 Januari depan.

Andai Selangor menang perlawanan kelima Sabtu ini, mereka bakal mengumpul 15 mata untuk terus selesa meninggalkan pencabar-pencabar lain tetapi jika Terengganu menang, mereka akan mengumpul 11 mata, kektinggalan satu mata di belakang Selangor.

Pengurus dan jurulatih Selangor, K. Devan berkata, dia meramalkan pertemuan dengan Terengganu di tempat lawan itu bakal menjadi satu perlawanan yang sukar berbanding empat perlawanan sebelum ini.

"Saya anggap ini ujian sebenar bagi Selangor kerana kita akan bertemu Terengganu yang juga masih belum tewas. Selepas empat perlawanan, banyak lagi kelemahan yang perlu kami perbaiki.

"Cuma saya harap semua pemain Selangor dapat mengekalkan prestasi dan juga tahap kecergasan menjelang perlawanan ini," kata Devan ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, Selangor menewaskan Pahang 4-0 menerusi jaringan Safee Sali pada minit ke-34, Safiq Rahim (55) serta dua gol menerusi supersub, R. Surendren (76 dan 82).

"Pada malam ini (kelmarin) jentera tengah dan serangan kita berfungsi dengan baik, cuma pertahanan kurang kemas dan hampir dihukum pasukan Pahang.

"Tapi yang penting, saya puas hati dengan kesungguhan pemain dan harap kemenangan ini akan terus meningkatkan moral mereka bagi menghadapi Terengganu," ujar Devan.

Ditanya adakah Surendren akan terus diberikan peranan supersub, Devan berkata: "Dia memang boleh main dalam kesebelasan utama tetapi buat masa sekarang kita ada ramai pemain dan saya nampak lebih dia (Surendran) berkesan sebagai supersub."

Surendren, 28, kini merupakan penjaring terbanyak Liga Super dengan lima gol.

Sementara itu, bagi menyemarakkan semangat pemain Selangor, Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) akan menganjurkan rombongan ke Kuala Terengganu bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

Presiden SSFC, Nasir Yunus berkata, mereka yang berminat perlu berkumpul di tempat letak kereta pintu utama Stadium Shah Alam pada pukul 11.55 malam esok dengan bayaran RM60 termasuk tiket grandstand.

"Jika berminat, boleh menghubungi saya di talian 012-3209207, Azhari Musa 017-3177505, Shahiran 019-3406841 atau Hairy 012-3687576 untuk tempahan," kata Nasir kepada Kosmo! semalam.
Read More

Selangor juara Piala Sumbangsih 2010


SELANGOR berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Ahmad Shah yang dimenangi mereka musim lalu setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan Sumbangsih 2010 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.

Negeri Sembilan mendahului 1-0 pada minit ke-26 menerusi tandukan Idris Karim sebelum Selangor bangkit pada baki 15 minit terakhir permainan.

Gol penyamaan Selangor hadir pada minit ke-76 selepas Safee Sali menyudahkan hantaran pemain gantian, R. Surendren dari sebelah kiri.

Kemasukan Surendren ternyata membawa tuah apabila dia seterusnya muncul wira Selangor dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82 setelah melakukan gerakan satu dua menarik bersama Safee.

NEGERI SEMBILAN:

22-Farizal Harun
5-Alif Samsudin (5-Rahman Zabul minit ke-86)
7-Aidil Zafuan Radzak
12-Shukor Adan
15-Ching Hong Aik
9-Shahurain Abu Samah (14-K.Thanaraj minit ke-80)
17-Idris Karim
23-Rezal Zambery Yahya (c)
6-S.Kunanlan
18-Norizam Salaman (28-Asyraf Al-Japri minit ke-67)
8-Zaquan Adha Radzak

SELANGOR:

21-Hamsani Ahmad
3-Razman Roslan
5-Khairul Anuar Baharom
6-Nasriq Baharom
4-Asraruddin Putra Omar
18-Liew Kit Kong (19-D.Surendran minit ke-79)
8-Safiq Rahim
14-Hardi Jaafar (23-R.Surendren minit ke-68)
7-Farderin Kadir (20-Amirulhadi Zainal minit ke-69)
17-Amri Yahyah (c)
10-Safee Sali

KEPUTUSAN PERLAWANAN HARI PERTAMA LIGA SUPER 2010:

Negeri Sembilan 1 Selangor 2
KL Plus 3 Pulau Pinang 1
Kuala Lumpur 1 T-Team 1
Terengganu 0 Kelantan 0
Perlis 0 Johor FC 1
Johor 0 Kedah 3
Pahang 2 Perak 1
Read More

Pindaan jadual Liga Super pada 12 Januari 2010

TERDAPAT pindaan pada jadual Liga Super 2010 untuk perlawanan kedua pada 12 Januari ini. Tiga daripada tujuh perlawanan pada hari Selasa itu telah dipinda ke hari Rabu, 13 Januari 2010.

12/01/2010 Selasa (LS 2)

SELANGOR mln KUALA LUMPUR 8.45 mlm Stdm Shah Alam, Selangor
PERAK mln TERENGGANU 8.45 mlm Stdm Perak, Ipoh
P.PINANG mln PAHANG 8.45 mlm Stdm Negeri Batu Kawan Pulau Pinang
T'GANU PBDKT mln KL PLUS 8.45 mlm Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT

13/01/2010 Rabu (LS 2)

KEDAH mln PERLIS 8.45 mlm Stdm Darul Aman, Alor Setar
KELANTAN mln JOHOR 8.45 mlm Stdm Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu
JOHOR FC mln N.SEMBILAN 8.45 mlm Stdm JCorp, Pasir Gudang

Selain itu, Pulau Pinang juga telah menukar venue perlawanan mereka dari Stadium Bandaraya ke Stadium Batu Kawan untuk semua perlawanan musim ini.

Pasukan Liga Perdana, Kelab Bola Sepak Staf USM pula kini secara rasmi menukar namanya kepada Pulau Pinang USM FC.
Read More

KL Figos, Selangor juara Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2009

KL Figos RSA FC dan Selangor muncul juara kategori lelaki dan wanita pada saingan Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2009 yang berakhir di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam petang tadi.

Bagi kategori lelaki, KL Figos RSA FC berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu setelah menewaskan T-Team 5-3 pada aksi final.

Bagi kategori wanita pula, Selangor muncul juara buat pertama kali setelah menundukkan juara bertahan, PDRM 3-1 pada aksi final.

Berikut ialah keputusan perlawanan-perlawanan yang berlangsung pada hari ketiga atau terakhir hari ini:

9 pagi: Selangor 2-0 K.Lumpur (Separuh akhir 1 Wanita)
10 pagi: PDRM 2-1 Figos FC (Separuh akhir 2 Wanita)

11 pagi: Figos FC 3-2 Pahang (Separuh akhir 1 Lelaki)
12 tgh hari: T-Team 4-3 P.Pinang (Separuh akhir 2 Lelaki)

3 petang: Selangor 3-1 PDRM (Final wanita)

4 petang: Figos FC 5-3 T-Team (Final lelaki)


Read More

Keputusan Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2009 - Hari Kedua

Berikut adalah keputusan perlawanan-perlawanan pada Sabtu, 2 Januari 2010:

2.00 PM: MPSJ 3-1 Johor (W)
2.50 PM: ATM 2-2 K.Lumpur (L)
3.40 PM: Sabah 4-0 Kedah (W)
4.30 PM: KWSP 2-2 Felda Utd (L)
5.20 PM: Selangor 4-2 PDRM (W)
6.10 PM: KL Figos 3-0 P.Pinang (L)
7.00 PM: Figos FC 1-1 K.Lumpur (W)
7.50 PM: T-Team 3-2 Pahang (L)

KEDUDUKAN AKHIR:

LELAKI

Kumpulan P:
Figos FC 9 mata
P.Pinang 6 mata
K.Lumpur 1 mata
ATM 1 mata

Kumpulan Q:
T-Team 9 mata
Pahang 6 mata
Felda United 1 mata
KWSP 1 mata

WANITA

Kumpulan P:
Selangor 9 mata
PDRM 6 mata
MPSJ 3 mata
Johor 0 mata

Kumpulan Q:
Figos FC 7 mata
K.Lumpur 7 mata
Sabah 3 mata
Kedah 0 mata

JADUAL PERLAWANAN:
(Ahad, 3 Januari 2010)

9 pagi: Selangor lwn K.Lumpur (Separuh akhir 1 Wanita)
10 pagi: Figos FC lwn PDRM (Separuh akhir 2 Wanita)

11 pagi: Figos FC lwn Pahang (Separuh akhir 1 Lelaki)
12 tgh hari: T-Team lwn P.Pinang (Separuh akhir 2 Lelaki)

3 petang: Selangor/K.Lumpur lwn Figos FC/PDRM (Final wanita)

4 petang: Figos FC/Pahang lwn T-Team/P.Pinang (Final lelaki)

* Venue perlawanan di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam
Read More

1 Februari


TARIKH 1 Februari pasti sudah begitu sinonim dengan kita.

1 Februari diketahui umum sebagai tarikh sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Bagi tahun 2010 ini, tarikh 1 Februari bakal tiba tidak sampai sebulan saja lagi.

Hari Wilayah Persekutuan 2010 merupakan ulang tahun ke-36 penubuhan Wilayah Persekutuan.

Menyingkap kembali sejarah, Kuala Lumpur yang sebelum ini berada di dalam negeri Selangor telah diisytiharkan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan pada tanggal 1 Februari 1974.

Pada tarikh tersebut, Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menandatangani dokumen penyerahan Kuala Lumpur kepada Kerajaan Persekutuan.

Ia berlaku hanya selepas dua tahun Kuala Lumpur diiktiraf sebagai sebuah bandar raya.

10 tahun kemudian iaitu pada 16 April 1984, sebuah pulau di negeri Sabah iaitu Labuan pula telah diisytihar sebagai Wilayah Persekutuan yang kedua.

Ini dilengkapkan dengan pengisytiharan pusat pentadbiran kerajaan yang baru iaitu Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan ketiga pada tanggal 1 Februari 2001.

Maka bagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010, Kuala Lumpur akan mencecah usia 36 tahun, Labuan 26 tahun dan Putrajaya 9 tahun bergelar Wilayah Persekutuan.



Sambutan Hari Wilayah Persekutuan disambut secara serentak bagi ketiga-tiga wilayah tersebut buat pertama kalinya pada tahun 2005, kira-kira 10 bulan selepas Kementerian Wilayah Persekutuan ditubuhkan semula ketika penyusunan Kabinet pada 27 Mac 2004.

Sebelum itu, Kementerian Wilayah Persekutan telah diwujudkan pada 1979, lima tahun selepas Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan.

Namun pada tahun 1981, ia telah diturunkan status apabila bukan lagi bergelar sebagai sebuah kementerian, hanya dijadikan satu bahagian di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan beroperasi sebagai Unit Perancangan Lembah Klang sehinggalah Mac 2004.

Pada tarikh 23 Oktober 2009 pula, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan nama baru dan fungsi yang lebih meluas kementerian ini yang diberikan nama rasmi baru iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar.


Jadi menjelang Hari Wilayah Persekutuan 2010 yang bakal menjadi sambutan sulung di bawah teraju menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang baru dilantik pada 9 April 2009, eloklah kita mengimbau semula lima sambutan terakhir Hari Wilayah Persekutuan iaitu pada 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009.

1 Februari 2005:

Hari Wilayah Persekutuan 2005 buat pertama kalinya disambut serentak oleh ketiga-tiga Wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada sebelah pagi.

Bertemakan 'Sayangilah Wilayah Persekutuan', sambutan pada tahun tersebut dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Tan Sri Mohd.Isa Abdul Samad.

1 Februari 2006:

Hari Wilayah Persekutuan 2006 menampilkan kelainan apabila ia diadakan di Dataran Labuan, Labuan.

Sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Pemangku Menteri Wilayah Persekutan ketika itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

1 Februari 2007:

Hari Wilayah Persekutuan 2007 kembali disambut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan kali ini ia dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Seperti biasa, acara sambutan diadakan pada sebelah pagi dan ia turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

1 Februari 2008:

Hari Wilayah Persekutuan 2008 paling diingati kerana ketika itu saya ditugaskan bersama rakan wartawan, Faizal Nazaruddin untuk membuat liputan berita bagi akhbar Kosmo! tentang acara sambutan yang diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, Hari Wilayah Persekutuan disambut pada sebelah malam, satu kelainan yang membuatkan warga kota berpeluang menyaksikan persembahan bunga api.


Tema 2008 ialah 'Wilayah Persekutuanku Gemilang' dan majlis sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Rasa bangga dalam diri ini apabila saya berpeluang berada di celah-celah puluhan ribu warga kota berbilang kaum tidak kira Melayu, Cina dan India sambil melaporkan apa yang berlaku pada malam sambutan itu secara penulisan bercetak pada akhbar Kosmo! keesokan harinya.

Ini kerana, pada ketika itu saya baru genap sebulan kembali bertugas di ibu pejabat Kosmo! di Kuala Lumpur setelah dipindahkan ke Kosmo! cawangan Pahang pada penghujung 2006.

Ketika mula-mula bertugas sebagai wartawan di ibu pejabat Kosmo!, saya tidak berkesempatan membuat liputan sambutan Hari Wilayah kerana tarikh saya mula melaporkan diri ialah pada 16 Februari 2006.

1 Februari 2009:

Hari Wilayah Persekutuan 2009 turut menampilkan kelainan tetapi ia kembali diadakan pada sebelah pagi.

Kali ini sambutan yang dirasmikan buat kali terakhir oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri telah berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa dengan bertemakan 'Wilayah Maju Warga Sejahtera'.


Sambutan 2009 tidak dapat saya sertai untuk membuat liputan berita kerana sejak Januari 2009 sehingga kini, saya sudah tidak bergelar wartawan berita sebaliknya bertugas sebagai wartawan sukan di akhbar Kosmo!.

Jadi menjelang 1 Februari 2010, saya ternanti-nanti apakah pula kejutan terbaru yang bakal dilakukan pada sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010.

Tapi saya yakin, pasti akan ada kejutan atau kelainan yang akan dilakukan jika dinilai sambutan sepanjang lima tahun terakhir ini, lebih-lebih lagi inilah sambutan sulung di bawah pentadbiran Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar ketika ini.

Yang nyata, elemen 1Malaysia sudah tentu menjadi teras kepada tema sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010 memandangkan ia merupakan gagasan yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apa pun, segala-galanya terserah kepada ketibaan tarikh keramat ini, 1 Februari 2010.

Diharap dengan penceritaan semula tarikh-tarikh penting bagi sejarah Wilayah Persekutuan ini selain imbasan semula lima sambutan terakhir Hari Wilayah Persekutuan sejak 2005 dapat membuatkan sesiapa yang membacanya berasa teruja untuk menyertai sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010 pada 1 Februari depan.

1Februari, 1Wilayah, 1Malaysia!

Read More

Keputusan Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2009 - Hari Pertama


HARI pertama pusingan akhir Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2009 telah berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam pada Jumaat (semalam).

Biarpun saingan peringkat kumpulan berbaki satu lagi perlawanan, slot separuh akhir bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita telah pun diisi oleh lapan pasukan yang menang kedua-dua perlawanan awal mereka.

Berikut ialah keputusan perlawanan-perlawanan yang berlangsung sepanjang hari pertama kejohanan:

LELAKI:

Kumpulan P:

Figos FC 6-1 ATM
P.Pinang 3-2 K.Lumpur
Figos FC 1-0 K.Lumpur
P.Pinang 4-1 ATM

Figos FC 2 2 0 0 7 1 6
P.Pinang 2 2 0 0 0 7 3 6
K.Lumpur 2 0 0 2 2 4 0
ATM 2 0 0 2 2 10 0

Kumpulan Q:

T-Team 4-3 KWSP
Pahang 4-2 Felda Utd
T-Team 3-2 Felda Utd
Pahang 5-1 KWSP

Pahang 2 2 0 0 9 3 6
T-Team 2 2 0 0 7 5 6
Felda Utd 2 0 0 2 4 7 0
KWSP 2 0 0 2 4 9 0

WANITA:

Kumpulan P:

PDRM 2-1 MPSJ
Selangor 3-2 Johor
PDRM 3-1 Johor
Selangor 1-0 MPSJ

PDRM 2 2 0 0 5 2 6
Selangor 2 2 0 0 4 2 6
MPSJ 2 0 0 2 1 3 0
Johor 2 0 0 2 3 6 0

Kumpulan Q:

K.Lumpur 6-3 Kedah
Figos FC 3-1 Sabah
K.Lumpur 2-1 Sabah
Figos FC 4-0 Kedah

Figos FC 2 2 0 0 7 1 6
K.Lumpur 2 2 0 0 8 4 6
Sabah 2 0 0 2 2 5 0
Kedah 2 0 0 2 3 10 0

Kesemua pasukan bakal melengkapkan satu lagi perlawanan peringkat kumpulan masing-masing pada hari kedua kejohanan pada Sabtu (hari ini).

Berikut adalah jadual perlawanan-perlawanan pada Sabtu, 2 Januari 2010:

2.00 PM: Johor lwn MPSJ (W)
2.50 PM: ATM lwn K.Lumpur (L)
3.40 PM: Kedah lwn Sabah (W)
4.30 PM: KWSP lwn Felda Utd (L)

Perlawanan-perlawanan di atas ini sekadar pelengkap jadual untuk merebut tempat ketiga dan keempat kumpulan masing-masing kerana kesemua pasukan ini sudah gagal ke separuh akhir.

Manakala baki empat perlawanan di bawah ini bakal menentukan siapa akan menjadi juara kumpulan dan naib juara kumpulan masing-masing untuk diundi secara silang pada peringkat separuh akhir.

5.20 PM: Selangor lwn PDRM (W)
6.10 PM: P.Pinang lwn Figos FC (L)
7.00 PM: Figos FC lwn K.Lumpur (W)
7.50 PM: Pahang lwn T-Team (L)

Berikut pula jadual perlawanan peringkat separuh akhir & final yang akan berlangsung pada Ahad (esok), 3 Januari 2010:

9.00 AM: Separuh akhir 1 (W) - Juara P lwn Naib Q
10.00 AM: Separuh akhir 2 (W) - Juara Q lwn Naib P
11.00 AM: Separuh akhir 1 (L) - Juara P lwn Naib Q
12.00 PM: Separuh akhir 2 (L) - Juara Q lwn Naib P
3.00 PM: Final (W)
4.00 PM: Final (L)


INFO:

Kedudukan pasukan pada saingan Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2008:

LELAKI:
Juara - Figos FC, Naib Juara - Selangor, Ketiga - Pahang, Keempat - P.Pinang.

WANITA:
Juara - PDRM, Naib Juara - K.Lumpur, Ketiga - Figos FC, Keempat - Selangor.
Read More

Persahabatan: Selangor (0) Zimbabwe (3)


HATRIK daripada penjaring terbanyak Liga Perdana Zimbabwe 2009, Nyasha Mushekwi (gambar) membolehkan skuad kebangsaan Zimbabwe menewaskan skuad Liga Super Selangor 3-0 pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi.

Mushekwi, penyerang kelab CAPS United yang mengenakan jersi No.12 berjaya membolosi gawang Selangor pada minit ke-25, ke-40 dan ke-63 untuk menebus kekecewaan skuad Zimbabwe yang tewas 0-3 kepada Thailand di Bangkok pada Selasa lalu.

Pada separuh masa pertama, Selangor memperolehi peluang terbaik pada minit ke-22 tetapi rembatan kencang Liew Kit Kong dari luar kotak penalti berjaya ditumbuk keluar penjaga gol Zimbabwe, Washington Arubi.

Zimbabwe memperolehi gol pertama pada minit ke-26 setelah lambungan dari kanan mudah ditanduk masuk Mushekwi untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi.

Gol kedua Zimbabwe hadir pada minit ke-40, juga menerusi hantaran silang dari sebelah kanan yang disambut dengan lonjakan tinggi Mushekwi yang menanduk masuk sekali lagi.

Ketinggalan 0-2, Selangor kembali bangkit pada separuh masa kedua dan hampir berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-60 tetapi rembatan Rudie Ramli di hadapan pintu gol sempat dihadang penjaga gol Zimbabwe.

Namun Zimbabwe pula mendapat gol ketiga pada minit ke-63 apabila sekali lagi hantaran silang dari sebelah kanan berjaya disambar masuk oleh Mushekwi, kali ini menewaskan penjaga gol gantian Selangor, Fairul Azwan Shahrullail.

Fairul kemudian bertindak cemerlang apabila berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya dua percubaan berbahaya Zimbabwe.

Sebaliknya, penyudah jentera serangan Selangor terus buntu termasuk situasi satu lawan satu Safee Sali pada minit ke-75 yang dipersia-siakan bekas penyerang kebangsaan itu.

Skuad Selangor bimbingan jurulatih K. Devan akan menamatkan siri perlawanan pra musim mereka dengan bertemu PDRM di Padang SUK, Shah Alam pada Sabtu ini, 5 petang.

Manakala Zimbabwe yang dibimbing sementara oleh penolong jurulatihnya, Joey Antipas bakal bertemu Syria yang tewas 1-4 kepada skuad kebangsaan Malaysia pada aksi persahabatan juga petang Sabtu ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

SELANGOR: 1-Iqbal Suhaimi (1-Fairul Azwan Shahrullail m-45), 3-Razman Roslan (24-Fitri Shazwan Raduwan m-45), 2-Zaiza Zainal Abidin, 5-Khairul Anuar Baharom, 15-P.Gunalan (c), 18-Liew Kit Kong (16-Azrine Efendy Saduddin m-45), 25-Fazilidin Khalid, 14-Hardi Jaafar, 19-D.Surendran (3-Razman Roslan m-65), 9-Rudie Ramli (23-R.Surendren m-70), 10-Safee Sali.

Tidak beraksi: 21-Hamsani Ahmad (demam), 7-Farderin Kadir (cedera), 12-Bunyamin Umar (menerima jahitan atas kening selepas berlaga ketika bertemu Pahang).

Masih bersama skuad kebangsaan: 17-Amri Yahyah, 8-Safiq Rahim, 6-Nasriq Baharom, 20-Amirulhadi Zainal dan 4-Asraruddin Putra Omar.
Read More