Wednesday, January 5, 2011

Harimau Muda asah taring


TUJUH minggu sebelum berlangsungnya aksi pusingan pertama kelayakan Sukan Olimpik 2012, skuad Harimau Muda A terus dikerah mengasah taring.

Harimau Muda A yang kini berperanan sebagai skuad Olimpik kebangsaan dijadual bertemu Pakistan di gelanggang sendiri pada 23 Februari sebelum bertandang ke tempat lawan pada 9 Mac depan.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee meletakkan sasaran skuad bimbingannya itu berjaya menyingkirkan Pakis- tan bagi membolehkan mereka layak ke pusingan kedua yang dijadual berlangsung pada 19 dan 23 Jun depan.

"Buat masa ini, saya telah menyenarai- kan 30 pemain untuk Harimau Muda A beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.

"Bagi kelayakan Sukan Olimpik, kita di- benarkan mendaftar sehingga 50 pemain dan bagi setiap perlawanan, kita perlu me- nyenaraikan 18 pemain daripada senarai yang didaftarkan.

"Jadi, selain 30 pemain Harimau Muda A, saya akan panggil maksimum lima pemain luar yang berusia 22 tahun (lahir 1989) seperti Khairul Fahmi Che Mat, Faizal Abu Bakar, Ahmad Shakir Md. Ali dan Ahmad Fakri Saarani.

"Tiada pemain senior dibenarkan beraksi pada saingan kelayakan ini tetapi pada Sukan Olimpik, tiga senior dibenar- kan," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Setelah gah membenam juara Piala Malaysia, Kelantan 4-1 pada aksi persahabatan di Kelana Jaya minggu lalu, Hari- mau Muda A bakal mengharungi beberapa lagi aksi persahabatan sebelum saingan Liga Super bermula pada 29 Januari ini.

"Kita akan menghadapi Johor di padang Wisma FAM pada Jumaat ini, PKNS pada 14 Januari sebelum berlepas ke Doha un- tuk aksi persahabatan menentang skuad Olimpik Qatar pada 20 Januari.

"Kemudian kami akan mengharungi empat aksi awal Liga Super bertemu Ne- geri Sembilan di Paroi (29 Januari), Pahang (1 Februari), T-Team (12 Februari) dan Perlis (15 Februari) sebelum bertemu SDM Navy pada 18 Februari untuk pusi- ngan pertama Piala FA.

"Selepas itu, saya ada lima hari untuk persiapan menghadapi Pakistan. Harap deretan perlawanan ini dapat membantu kita dalam membentuk gandingan terbaik bagi aksi kelayakan Sukan Olimpik ini," jelas Kim Swee.

Daripada senarai 30 pemain Harimau Muda A, hanya tiga pemain yang bersama pasukan itu ke Slovakia selama tiga bulan dari September hingga November lalu tidak disenaraikan.

D. Saarvindran dan Farhan Abu Bakar telah diserapkan ke dalam skuad Harimau Muda B untuk saingan Liga Perdana bagi memberi mereka lebih ruang beraksi manakala Nicholas Wee melanjutkan pelaja- ran di luar negara.

1 comments:

Tengku Firmino said...

Hopefully mereka dapat buat yang terbaik untuk kelayakan olimpik dan dalam liga.nak tengok juga kemampuan Ong Kim Swee..dan harap kita tak perlukan Rajagopal untuk sukan Sea di Indonesia jika dia dapat membawa harimau muda mencapai kegemilangan..

January 6, 2011 at 12:29 AM