Monday, December 28, 2009

Bonus RM30,000 setiap pemain emas Sukan SEA


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah semalam mengumumkan jumlah bonus yang akan diterima pemain-pemain skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan atas kejayaan mereka meraih pingat emas Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos.

Semua 20 pemain skuad B-23 negara itu akan menerima bonus hampir RM30,000 seorang dengan RM10,000 daripadanya adalah habuan hasil kejayaan menewaskan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir 17 Disember lalu.

"Tuanku ingin mengumumkan bahawa bonus kemenangan pada perlawanan akhir ialah RM10,000 seorang dan jumlah keseluruhan bonus ialah hampir RM30,000 setiap seorang pemain.

"Bonus ini akan dibayar esok (hari ini)," demikian menurut khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Pegawai Khas Presiden FAM, Lt. Kol. Azhar Ahmad dari London semalam.



Dalam SMS berkenaan juga, Sultan Ahmad Shah menitahkan bahawa baginda akan sentiasa memberi perhatian penuh kepada skuad emas bimbingan jurulatih K. Rajagobal itu yang telah berjaya menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas Sukan SEA.


Semalam, Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) turut mengumumkan bonus lumayan kepada pemainnya meskipun mereka tewas kepada Malaysia pada perlawnaan akhir acara bola sepak Sukan SEA XXV di Laos baru-baru ini.

VFF telah menumumkan insentif berjumlah RM342,900 kepada pasukan mereka sementara RM377,190 adalah daripada syarikat penaja mereka, Global Visual Joint Stock Company.
Pasukan bola speak wanita Vietnam yang meriah pingat emas pada Sukan SEA lalu turut menerima habuan berjumlah RM995,781.



0 comments: