Tuesday, December 29, 2009

Malaysia lwn Syria - Rabu, 30 Disember

SATU perlawanan persahabatan bola sepak, Malaysia bertemu Syria akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Rabu ini iaitu 30 Disember 2009.

Perlawanan ini disahkan sendiri Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad ketika saya menghubunginya petang semalam.

Kata Azzuddin, perlawanan asal bertemu Zimbabwe dibatalkan dan skuad kebangsaan Malaysia bimbingan K. Rajagobal akan bertemu Syria.

Perlawanan menentang Syria pada Rabu ini akan bermula pukul 8.45 malam dan menurut Azzuddin, tiada bayaran dikenakan... Maknanya masuk free lah!

Ini merupakan salah satu persiapan skuad kebangsaan menjelang aksi terakhir Kumpulan C untuk kelayakan Piala Asia 2011 menentang UAE di Dubai pada 6 Januari depan.

Sementara itu, bagi mereka yang ingin menyaksikan pertemuan Selangor menentang Zimbabwe, perlawanan tersebut akan berlangsung pada Khamis ini, 31 Disember 2009 di Stadium Shah Alam, pukul 8.30 malam. Tiket masuk RM5.

Perlawanan itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika saya menghubunginya petang semalam.

* Sebarang pindaan akhir tertakluk kepada FAM dan FAS. Harap maklum.

0 comments: