Thursday, December 17, 2009

Pasukan-pasukan yang layak ke pusingan akhir Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2009

TIGA sirkit bagi saingan peringkat kumpulan kejohanan Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2009 telah pun berakhir pada Ahad lalu.

Daripada 16 pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita yang bertanding, hanya lapan pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita layak untuk beraksi pada pusingan akhir yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam pada 1 hingga 3 Januari depan.

Lapan pasukan lelaki yang layak ialah juara bertahan, KL Figos RSA FC, T-Team, Pahang, Pulau Pinang, Felda United, Kuala Lumpur, ATM dan KWSP FC.

Bagi kategori wanita pula, lapan pasukan yang layak ialah juara bertahan, PDRM, Kuala Lumpur, KL Figos RSA FC, Selangor, Sabah, Johor, MPSJ dan Kedah.

Bagi pusingan akhir nanti, lapan pasukan setiap kategori ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan melangkah ke separuh akhir seterusnya final.

Berikut ialah kedudukan akhir pasukan-pasukan yang bertanding selepas selesai tiga sirkit iaitu di Langkawi (14-15 Nov), Kuala Terengganu (5-6 Dis) dan Felda Jengka (12-13 Dis).


KATEGORI LELAKI
---------------------

KUMPULAN A:

Figos RSA FC 6 4 1 1 19 6 13
Felda United 6 3 3 0 14 11 12
MPSJ 6 1 3 2 11 15 6
PDRM 6 0 1 5 8 20 1

KUMPULAN B:

T-Team 6 3 3 0 13 9 12
K.Lumpur 6 2 1 3 4 7 7
Selangor 6 1 3 2 9 9 6
Perak 6 0 5 1 7 8 5

KUMPULAN C:

Pahang 6 4 1 1 19 14 13
ATM 6 4 1 1 18 8 13
Sabah 6 2 0 4 10 16 6
Kedah 6 1 0 5 10 23 3

KUMPULAN D:

P.Pinang 6 4 0 2 25 13 12
KWSP 6 2 3 1 17 13 9
PKNS 6 1 3 2 10 12 6
Sarawak 6 1 2 3 9 23 5

* Pasukan berhuruf gelap layak ke pusingan akhir


KATEGORI WANITA
----------------------

KUMPULAN A:

PDRM 6 4 1 1 19 8 13
Sabah 6 4 0 2 16 11 12

PKNS 6 2 1 3 11 11 7
ATM 6 1 0 5 5 19 3

KUMPULAN B:

K.Lumpur 6 5 1 0 21 8 16
Johor 6 2 1 3 8 13 7
Melodi Jaya 6 1 2 3 8 10 5
Pahang 6 1 2 3 5 11 5

KUMPULAN C:

Figos RSA FC 6 5 1 0 19 1 16
MPSJ 6 3 2 1 17 7 11
Terengganu 6 2 0 4 7 18 6
Felda United 6 0 1 5 2 19 1

KUMPULAN D:

Selangor 6 6 0 0 23 4 18
Kedah 6 2 1 3 11 17 7
MBPJ 6 2 0 4 9 14 6
Melaka 6 1 1 4 7 13 4

* Pasukan berhuruf gelap layak ke pusingan akhir

0 comments: