Thursday, December 31, 2009

Persahabatan: Malaysia (4) Syria (1)

MALAYSIA berjaya menewaskan Syria 4-1 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Di hadapan kira-kira 3,000 penonton, Malaysia mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Safiq Rahim menerusi sepakan penalti pada minit ke-31 setelah Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan.

Gol kedua diperolehi pada minit ke-63, juga menerusi sepakan penalti Safiq setelah Norshahrul dijatuhkan sekali lagi.

Syria merapatkan jurang pada minit ke-68 setelah mereka turut diberikan sepakan penalti hasil keadaan tolak menolak di dalam kotak penalti Malaysia ketika sepakan sudut diambil. Pemain No.4 Syria menyempurnakan sepakan itu.

Gol ketiga Malaysia dijaringkan Zaquan pada minit ke-77 setelah dia menyudahkan hantaran Abdul Manaf Mamat.

Bagaimanapun, Zaquan dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah pada minit ke-79 kerana didakwa oleh pengadil sengaja melengah-lengahkan masa ketika dia hendak ditukarkan dengan Ahmad Shakir Md. Ali.

Gol keempat Malaysia hadir pada masa kecederaan menerusi satu serangan balas yang disudahkan dengan baik oleh K. Gurusamy.

Malaysia akan terbang ke Dubai pada Isnin depan bagi menghadapi perlawanan terakhir Kumpulan C pada aksi kelayakan Piala Asia 2011 menentang UAE pada 6 Januari depan.

SENARAI PEMAIN MALAYSIA YANG BERAKSI MALAM TADI:

1-Farizal Marlias (28-Sharbinee Allawee Ramli m-81)

6-Nasriq Baharom (18-Mazlizam Mohamad m-45)
5-Norhafiz Zamani Misbah (c) (20-Ahmad Shakir Md. Ali m-89)
24-Muslim Ahmad (7-Aidil Zafuan Radzak m-45)
11-Azmi Muslim (4-Asraruddin Putra Omar m-71)

13-Ahmad Fakri Saarani (21-Amirulhadi Zainal m-62)
10-Safiq Rahim (2-Mahali Jasuli m-85)
12-Amar Rohidan (15-K.Gurusamy m-62)
16-S.Kunanlan (23-Baddrol Bakhtiar m62)

9-Norshahrul Idlan Talaha (14-Abdul Manaf Mamat m-66)
8-Zaquan Adha Radzak (kad merah minit ke-79)

PEMAIN TIDAK DIGUNAKAN:

Sabre Mat Abu
Amri Yahyah

3 comments:

daLyaanoon said...

wan, yang no 2 tadi mahali jasuli atau sabre mat abu. Sebab aku nampak wak am dan sabre duk kat kerusi penonton tadi.

December 31, 2009 at 2:24 AM
Imran Nang said...

yaa teruskan laporanmu, saya akan terus ikuti smbil membuat ujikaji muahahaha .. !

December 31, 2009 at 9:11 AM
Wan Fakhrul Wan Bakar said...

okay...tq daLyaanoon
aku pun rasa tu mahali..
sbb rasanya sabre injured..
tp pakai jersi no2, tu jd konpius..
sib baik ko perasan,ok aku tuka..
tq geng...hehe

December 31, 2009 at 9:34 AM