Persahabatan: Selangor (4) Kedah (2)
SELANGOR bertemu Kedah pada aksi kedua pra musim mereka di Stadium Shah Alam malam tadi. Keputusan perlawanan, Selangor menang 4-2.Seawal minit pertama, Selangor sudah berjaya memperolehi gol pertama menerusi R. Surendren sebelum pemain tengah, Fazilidin Khalid menambah gol kedua pada minit ke-17.
Kedah berjaya merapatkan kedudukan 2-1 pada minit ke-37 menerusi sepakan penalti Shafizan Hashim setelah Zaiza Zainal Abidin menjatuhkan Azlan Ismail.
Sepanjang separuh masa pertama, jurulatih Selangor, K. Devan mempertaruhkan kesebelasan utama seperti ini:
------------------------------ 21-Hamsani ----------------------------------
3-Razman -------------- 2-Zaiza ------------ 5-Acong -------------- 15-Gunalan (c)
18-Kit Kong ----------- 14-Hardi ----------- 25-Fazilidin ---------- 7-Farderin
--------------------- 10-Safee -------------- 23-R.Surendren ---------------
Pada babak kedua, beberapa pertukaran dilakukan setelah permainan masuk minit ke-60 dan formasi menjadi seperti ini:
------------------------------ 21-Iqbal ----------------------------------
3-Razman -------------- 2-Zaiza ------------ 5-Acong -------------- 15-Gunalan (c)
19-D.Surendran ----------- 14-Hardi ----------- 16-Azrine ---------- 24-Fitri
--------------------- 18-Kit Kong -------------- 7-Farderin ---------------
Gol ketiga Selangor diperolehi pada minit ke-53 menerusi rembatan Liew Kit Kong hasil satu sepakan sudut untuk menjadikan kedudukan 3-1.
Kedah kembali merapatkan kedudukan pada minit ke-80 setelah kuisan kemas Shafiq Jamal gagal diselamatkan penjaga gol gantian, Iqbal Suhaimi untuk kedudukan 3-2.
Selangor bagaimanapun terus garang apabila Farderin Kadir meledak gol keempat pada minit ke-88 untuk menjadikan kedudukan muktamad, Selangor menewaskan Kedah 4-2.
Aksi ketiga pra musim selepas ini, Selangor akan bertemu Perak di Ipoh pada Jumaat ini, diikuti bertemu Pos Malaysia di Stadium Shah Alam pada Isnin depan dan bertemu Sarawak pada Rabu.
0 comments:
Post a Comment