Friday, December 11, 2009

Malaysia 2 Thailand 1... Kita ke separuh akhir

SKUAD B-23 Malaysia berjaya menewaskan Thailand B-23 dengan jaringan 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan A dalam saingan bola sepak Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos petang tadi.

Ketinggalan 0-1 menerusi sepakan percuma menarik pemain Thailand, Arthit Sunthornphit pada minit ke-53, Malaysia bangkit meledak dua gol pada 10 minit terakhir perlawanan.

Nasriq Baharom menyamakan kedudukan pada minit ke-80 selepas menolak masuk hantaran Azmi Muslim dari sebelah kiri.

Ketika perlawanan dirasakan akan berakhir dengan seri 1-1 sekali gus Malaysia tersingkir, Ahmad Fakri Saarani muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Malaysia pada minit ke-90 selepas menerima hantaran Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kanan.



Dengan kemenangan tersebut, Malaysia muncul naib juara Kumpulan A di belakang Vietnam dan akan bertemu juara Kumpulan B, Laos (gambar bawah) pada separuh akhir Isnin depan.


KEDUDUKAN TERAKHIR:

KUMPULAN A

VIETNAM 4 3 1 0 14 3 10
MALAYSIA 4 3 0 1 18 4 9
Thailand 4 2 1 1 15 3 7
Kemboja 4 1 0 3 5 15 3
Timor Leste 4 0 0 4 1 28 0

KUMPULAN B

LAOS 3 1 2 0 3 1 5
SINGAPURA 3 1 2 0 4 3 5
Myanmar 3 1 1 1 5 4 4
Indonesia 3 0 1 2 3 7 1

* Huruf besar layak ke separuh akhir

0 comments: