Thursday, December 10, 2009

Undian Liga M 2010 Selasa depan

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan Majlis Taklimat & Undian Liga Malaysia 2010 pada Selasa depan, 15 Disember 2009.

Menurut e-mel yang diedarkan FAM kepada pihak media semalam, majlis tersebut bakal berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula pukul 8.30 pagi.

Ia akan disusuli dengan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM sebaik sesi taklimat dan undian itu selesai.

Liga Malaysia 2010 bakal membuka tirai pada Sabtu, 9 Januari 2010 dengan perlawanan sumbangsih antara Negeri Sembilan dan Selangor di Paroi serta lain-lain perlawanan untuk saingan Liga Super.

Bagi saingan Liga Perdana pula, aksi sulung mereka adalah pada hari Isnin, 11 Januari 2010.

1 comments:

Banteh said...

Hidup Negeri Sembilan. hehe

December 10, 2009 at 1:10 PM