Saturday, December 19, 2009

Nike undang rakyat Malaysia melakar pesanan dan ucapan peribadi untuk wira-wira bola sepak tanah air


PENANTIAN 20 tahun berakhir malam kelmarin dengan kejayaan pasukan bola sepak B-23 kebangsaan Malaysia meraih semula pingat emas Sukan SEA.

Bukan Vietnam sahaja ditundukkan di Vientiane, malah prasangka ramai turut dibenamkan dengan persembahan kental skuad B-23 negara yang melahirkan harapan baru untuk angkatan berikutnya dalam arena bola sepak tempatan.

Kini tiba masanya untuk kita meraikan kegemilangan ini.

Sebagai penyokong pasukan kebangsaan yang setia, Nike menghulurkan sekalung tahniah kepada skuad muda negara ini dan mengundang semua untuk melakarkan pesanan dan ucapan kepada pasukan kita di papan-papan khas yang ditempatkan di gedung NIKE di Pavilion (Aras 5) and Mid Valley Mega Mall (Aras 3), Kuala Lumpur mulai hari ini.

Pesanan dan ucapan yang tertera di papan-papan khas ini akan disampaikan kepada para pemain dan para pegawai pasukan kebangsaan sebagai cenderahati kita mengenang usaha mereka memartabatkan kembali bola sepak tanah air.

Nike berharap rakyat Malaysia mampu meluangkan masa untuk bersama menyambut kemenangan anak-anak muda kita ini sambil memberikan dorongan bagi mereka menyahut cabaran-cabaran akan datang.

* Petikan siaran akhbar oleh Nike.



0 comments: