Saturday, December 12, 2009

Persahabatan: Selangor (2) Penang KGS FC (0)


SKUAD Liga Super Selangor telah mengadakan perlawanan pra musim pertama mereka di Stadium Shah Alam petang tadi.

Pada perlawanan itu, Selangor berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas kelab dari Pulau Pinang, KGS FC.

Hanya 15 pemain diturunkan petang tadi. Empat pemain tidak beraksi ialah penjaga gol ketiga, Fairul Azwan Shahrullail serta tiga pemain lain yang cedera iaitu Amri Yahyah, Rudie Ramli dan Bunyamin Umar.

Empat lagi pemain Selangor tidak bersama pasukan kerana masih lagi membawa cabaran Malaysia pada Sukan SEA 2009 di Laos iaitu Safiq Rahim, Asraruddin Putra Omar, Nasriq Baharom dan Amirulhadi Zainal.

Pada separuh masa pertama, jurulatih Selangor, K. Devan menurunkan pemain-pemain ini:

------------------------------ 22-Hamsani ----------------------------------
3-Razman -------------- 2-Zaiza ------------ 5-Acong -------------- 15-Gunalan (c)
18-Kit Kong ----------- 14-Hardi ----------- 25-Fazilidin ---------- 7-Farderin
--------------------- 10-Safee -------------- 23-R.Surendren ---------------

Tiada jaringan berjaya dihasilkan pada separuh masa pertama.

Babak kedua, begini pula barisan pemain setelah empat pemain dimasukkan iaitu Azrine Effendy, D.Surendran, Fitri Shazwan dan Iqbal Suhaimi menggantikan Fazilidin Khalid, Liew Kit Kong, Farderin Kadir dan Hamsani Ahmad.

------------------------------ 21-Iqbal ----------------------------------
3-Razman -------------- 2-Zaiza ------------ 5-Acong -------------- 15-Gunalan (c)
19-D.Surendran----------- 14-Hardi ----------- 16-Azrine ---------- 24-Fitri
--------------------- 10-Safee -------------- 23-R.Surendren ---------------

Hasilnya, gol pertama Selangor dijaringkan pada minit ke-46 menerusi penyudah kemas Safee Sali.

Selepas itu Devan memasukkan semula Fazilidin dan Kit Kong bagi menggantikan Safee dan R.Surendren. Begini pula barisan yang terhasil:

------------------------------ 21-Iqbal ----------------------------------
3-Razman -------------- 2-Zaiza ------------ 5-Acong -------------- 15-Gunalan (c)
19-D.Surendran----------- 14-Hardi ----------- 25-Fazilidin ---------- 24-Fitri
--------------------- 16-Azrine -------------- 18-Kit Kong ---------------

Hasilnya pada minit ke-80, Selangor memperolehi penalti setelah Kit Kong dijatuhkan. Razman mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk kedudukan muktamad, Selangor menang 2-0.

Aksi persahabatan seterusnya, Selangor akan bertemu Kedah di Stadium Shah Alam pada Rabu ini, 8.45 malam.

1 comments:

skamals said...

go selangor go....

December 12, 2009 at 9:48 PM