Friday, December 25, 2009

Terima kasih BLOG for FT

Inilah barisan para pemenang bagi bulan Oktober dan November.

MAJLIS penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang bulanan Pertandingan Blog For FT anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar telah berlangsung di Kelab Tasik Putrajaya malam tadi.

Ia telah disampaikan oleh menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Alhamdulillah saya berjaya memenangi salah satu daripada lima hadiah bulanan bagi bulan November dalam kategori media.


Dari kiri: Wan Fakhrul, Azizul, Raja Nong Chik, Mustapa dan Wan Shamsul.

Turut menang ialah dua rakan setugas saya di Kosmo! iaitu Azizul Fahmi Ahmad Zabidi dan Mustapa Lakawa serta seorang lagi rakan sebumbung satu syarikat iaitu Wan Shamsul Amly Wan Seadey (Utusan Malaysia).

Hadiah-hadiah yang kami menangi ialah Celcom Blackberry 8250 Gemini, dua tiket penerbangan Air Asia ke destinasi domestik, baucar bernilai RM150 dari Borders dan Celcom Broadband USB.

Dari kiri Wan Fakhrul, Azizul dan Mustapa.

Selain kategori media, turut dipertandingkan ialah kategori umum, kategori remaja dan kategori antarabangsa. Maklumat lanjut boleh dilayari di laman web www.blog4ft.com.

Berikut ialah senarai pemenang-pemenang bagi bulan Oktober dan November.

Nantikan siapa pula pemenang bagi bulan terakhir iaitu Disember dan juga hadiah utama keseluruhan.