Friday, December 25, 2009

Jika 'Bah' masih ada... Selamat hari lahir ke-62

BAGI umum, tarikh 25 Disember pasti diingati sebagai cuti umum sempena Hari Krismas.

Tapi bagi saya, tarikh ini lebih istimewa kerana ia merupakan tarikh hari jadi ayah saya yang lebih mesra dipanggil 'Bah'.

Namun tiga kali tarikh 25 Disember telah berlalu (2007, 2008 dan 2009), ia tidak lagi dapat disambut sebagai hari jadi buat insan bernama Haji Wan Bakar Haji Wan Dagang yang lahir di Kuala Terengganu pada tanggal 25 Disember 1947.

'Bah' telah meninggal dunia pada 2 September 2007 di Hospital Serdang kerana sakit jantung ketika usianya hampir mencecah 60 tahun.

Jika 'Bah' masih ada di dunia, pastinya Hari Krismas pada tahun ini disambut sebagai hari jadinya yang ke-62. Namun Allah lebih menyayanginya. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah...

Gambar keluarga terakhir yang sempat dirakamkan semasa majlis persandinganku di Bandar Baru Bangi pada 9 Jun 2007 iaitu kira-kira tiga bulan sebelum arwah meninggal dunia.

Cerita tentang pemergian 'Bah' pernah saya nukilkan dalam blog ini sempena genap dua tahun arwah meninggal dunia. Baca di sini http://wanfakhrul.blogspot.com/2009/09/genap-dua-tahun-arwah-pergi.html

Untuk biodata dan perjalanan karier arwah, sila baca di sini http://www.aqrab.com.my/history.html

3 comments:

Dunia Aku said...

al-fatihah buat arwah...

December 26, 2009 at 12:39 AM
yohteh said...

...inna lillahi wa'inna ilaihi roo ji'uun...
Al-Fatihah............... amin...

December 26, 2009 at 7:53 AM
rizal hashim said...

Salam saudara, harta peninggalan yang penting adalah anak-anak soleh yang sentiasa mengenang ibu bapa mereka. Al-Fatihah buat arwah Ustaz.

December 30, 2009 at 1:40 PM