Thursday, December 23, 2010

Ashari bersedia pikul tugas


"JARINGAN tadi menambahkan lagi keyakinan saya. Jika diturunkan pada final Ahad ini, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk menggalas tugas."

Demikian tekad penjaring terbanyak Liga Super 2010, Ashari Samsudin yang meledak gol pertama skuad kebangsaan ketika menewaskan Felda United 2-0 pada perlawanan ujian di padang Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi.

Jaringan penyerang Terengganu berusia 25 tahun itu terhasil pada minit ke-55 sebelum Safee Sali menjaringkan gol kedua seminit sebelum permainan berakhir.

Ashari mungkin diturunkan dalam kesebelasan utama pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini andai Amirulhadi Zainal dan Khyril Muhymeen Zambri belum pulih daripada kecederaan lutut.

Pada separuh masa pertama, Rajagobal menurunkan gandingan Sharbinee Allawee Ramli, Razman Roslan, Khairul Helmi Johari, Faizal Muhammad, Mahali Jasuli, Faizal Abu Bakar, Sabre Mat Abu, K. Gurusamy, Ashari Samsudin, Amri Yahyah dan Izzaq Faris Ramlan dalam kesebelasan utamanya.

Felda United yang dibimbing E. Elavarasan pula tidak kurang hebatnya dengan menampilkan beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Hamsani Ahmad, Kaironisam Sahabuddin, Rashid Mamud, Juzaili Samion, Azi Shahril Azmi, Farderin Kadir, K. Rajan, Liew Kit Kong dan Nizaruddin Yusof.

Kedua-dua pasukan melakukan beberapa percubaan berbahaya tetapi kecekapan Sharbinee dan Hamsani menyebabkan kedudukan kekal 0-0 sehingga separuh masa pertama berakhir.

Pada babak kedua Rajagobal melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utamanya dengan Khairul Fahmi Che Mat, Mahali, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar, S. Kunanlan, Amar Rohidan, Safiq Rahim, Ashari, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee.

Akhirnya dua gol berjaya diperoleh skuad kebangsaan menerusi Ashari dan Safee.

Hanya Amirulhadi dan Khyril tidak diturunkan kerana belum cergas sepenuhnya akibat kecederaan lutut.

Perlawanan tersebut dijadikan medan buat Rajagobal untuk mencuba beberapa kombinasi selain mencari pemain sesuai untuk mengisi posisi Amirulhadi dan Khyril.

Skuad bimbingan Rajagobal itu akan berdepan Indonesia pada final pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.

Final kedua akan berlangsung di Gelora Bung Karno, Jakarta pada 29 Disember.

4 comments:

C-Dex said...

Jika amirul ataupun khyrill tidak sempat pulih sebelum game ahad ni..Adalah tepat untuk menurunkan ashari kerana golnya dalam liga super speaks volume.daripada beberapa game yang saya sempat lihat dalam liga super..dia merupakan seorang yang cekap didepan gol walaupun beliau bukan seorang pemain yang pantas ..MALAYSIA BOLEH..

http://tenkgusidek.blogspot.com

December 24, 2010 at 12:00 AM
C-Dex said...

ika amirul ataupun khyrill tidak sempat pulih sebelum game ahad ni..Adalah tepat untuk menurunkan ashari kerana golnya dalam liga super speaks volume.daripada beberapa game yang saya sempat lihat dalam liga super..dia merupakan seorang yang cekap didepan gol walaupun beliau bukan seorang pemain yang pantas ..MALAYSIA BOLEH..

http://tengkusidek.blogspot.com

December 24, 2010 at 12:02 AM
C-Dex said...

ika amirul ataupun khyrill tidak sempat pulih sebelum game ahad ni..Adalah tepat untuk menurunkan ashari kerana golnya dalam liga super speaks volume.daripada beberapa game yang saya sempat lihat dalam liga super..dia merupakan seorang yang cekap didepan gol walaupun beliau bukan seorang pemain yang pantas ..MALAYSIA BOLEH..

http://tengkusidek.blogspot.com

December 24, 2010 at 12:02 AM
C-Dex said...

adoii..apesal leh ter comment banyak ni..minta maap tuan rumah.masalah teknikal.heheh

December 24, 2010 at 12:05 AM