Liga Super 2011: Selangor tekad kekal rentak kemenangan
JUARA bertahan, Selangor memburu kemenangan kedua berturut-turut apabila turun bertemu Johor FC malam ini.Selepas empat perlawanan, Selangor masih gagal meraih kemenangan berturut apabila mereka tewas 0-2 kepada Kelantan, menang 2-0 ke atas Perlis, seri 1-1 dengan Kuala Lumpur dan menewaskan Terengganu 3-2.
Berbekalkan tujuh mata, Selangor kini menduduki tangga kelima Liga Super di belakang pendahulu, Kelantan (11 mata), Perak (8), Terengganu (8) dan Harimau Muda A (7) manakala Johor FC di tangga ke-12 dengan empat mata.
Pengurus merangkap jurulatih Selangor, K. Devan berkata, dia mengharapkan satu keputusan berbeza mampu dihasilkan malam ini memandangkan rekod Selangor di Pasir Gudang tidak begitu baik.
“Permulaan kita pada musim ini juga tidak begitu baik jika dibanding dua musim sebelum ini. Jadi keme- nangan kedua berturut-turut diperlukan bagi mendapat semula rentak dan ke- yakinan.
“Tetapi kami tetap perlu berwaspada kerana Johor FC berjaya menewaskan Sabah di tempat lawan pada aksi terakhir mereka dan mereka kini dibarisi ramai pemain baru,” kata Devan semalam.
Namun, Selangor tidak dapat menurunkan tonggak pertahanan veteran, Khairul Anuar Baharum yang mengalami kecederaan lutut pada aksi persahabatan menentang skuad B-19 Qatar pada Sabtu lalu, D. Surendran cedera hamstring dan Bunyamin Umar pula belum pulih sepenuhnya.
“Khairul Anuar terpaksa berehat tiga minggu. Tetapi Nasriq Baharom sudah boleh beraksi semula dan dia mungkin akan digandingkan dengan Yosri Derma Raju atau Asraruddin Putra Omar di posisi bek tengah.
“Razman Roslan juga sudah kembali pulih dan dia akan mengambil semula posisi bek kanan daripada Surendran.
“Untuk jentera serangan, saya tidak menghadapi masalah dan harap gandingan Fadzli Saari dan Amri Yahyah terus berjaya menghasilkan gol seperti ketika aksi bertemu Terengganu,” jelas Devan.
0 comments:
Post a Comment