Hari ini genap 5 tahun aku di Kosmo!
ALHAMDULILLAH, tarikh 16 Februari 2011 muncul juga. Ini bermakna pada hari ini, genaplah lima tahun aku bergelar wartawan akhbar Kosmo!.
Aku mula bertugas di Kosmo! pada tarikh 16 Februari 2006 ketika berusia 24 tahun. Maka umur aku sekarang ialah 29 tahun.
Nak tahu asal usul macam mana aku boleh jadi wartawan walaupun merupakan lulusan ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal dari UPM, Serdang?
Aku pernah menulis mengenainya pada entry di blog ini pada tarikh 30 Ogos 2009 sempena ulangtahun ke-3 akhbar Kosmo!
Boleh baca semula entry aku itu dengan klik pada link di bawah ini.
Sesungguhnya aku suka dengan kerjaya yang aku pilih ini. Pelbagai pengalaman telah aku harungi sepanjang lima tahun ini.
Berikut adalah antara pengalaman tugasan aku sepanjang lima tahun di Kosmo!.
Februari-Mei 2006: Meja Berita (3 bulan)
- Tak banyak sangat pengalaman besar. Biasa-biasa saja sehinggalah hari-hari terakhir aku di Meja Berita ini apabila dapat membuat temubual ekskusif bersama Mawi di dalam kereta Proton Savvy miliknya di IJN ketika arwah ayahnya dirawat di situ. Tajuk story front page tersebut 'Saya tak cinta Diana'.
Mei 2006: Meja Khas (1 hari)
- Ini merupakan meja yang perlukan kita menyiasat dan bongkar sesuatu isu. Terus terang aku beritahu bos, aku masuk Kosmo! nak jadi wartawan sukan, bukan nak jadi penyiasat. Sehari saja, aku terus ditukarkan serta merta ke Meja Ahad.
Mei-Oktober 2006: Meja Ahad (6 bulan)
- Meja Ahad ini enjoy juga apabila sepanjang seminggu, aku hanya perlu menyediakan bahan untuk Kosmo! keluaran Ahad. Story lebih berbentuk kepada fokus laporan khas serta beberapa kolum seperti Kerjaya dan Di Sebalik Sukses. Banyak jugalah kawan-kawan aku diglemerkan sepanjang aku menulis untuk Kosmo! Ahad ni.
November 2006-Disember 2007: Kosmo! Biro Pahang (1 tahun 2 bulan)
- Tak semena-mena, baru sembilan bulan aku kerja di Kosmo!, nama aku naik untuk ditukarkan ke state. Memang terkejut dan mula terfikir untuk berhenti kerja. Tapi mujur kesabaran masih tinggi.
- Sepanjang 1 tahun 2 bulan bertugas di Pahang, memang pengalaman aku banyak bertambah. Aku bukan saja berpeluang menulis story berita biasa, malah story sukan, jenayah, mahkamah dan juga rencana.
- Tapi banyak habis duit sebab tiap -tiap minggu aku akan balik ke KL naik kereta walaupun offday sehari. Jadi sepanjang setahun tu, dalam 50 kali aku ulang alik memandu KL-Kuantan, sampai naik hafal selekoh-selekoh sepanjang LPT dan Karak.
Januari 2008-Januari 2009: Meja Berita (1 tahun)
- Sangkaan aku bahawa apabila dipanggil pulang ke Kosmo! KL, aku akan terus diserapkan ke Meja Sukan ternyata meleset. Aku kena kembali ke Meja Berita.
- Kali ini lebih mencabar apabila sepanjang tahun aku ditugaskan membuat liputan di Parlimen setiap kali Dewan Rakyat bersidang. Memang bosan sebab aku tak minat politik.
Januari 2009-sekarang: Meja Sukan (2 tahun)
- Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku masuk Meja Sukan. Ini tujuan utama aku sebenarnya apabila memilih beralih ke bidang kewartawanan ini. Tapi terpaksa menunggu sehingga tiga tahun, barulah dapat memenuhi impian.
- Di Meja Sukan inilah baru aku berpeluang membuat liputan di luar negara selepas tiga tahun berkerja iaitu liputan Piala Sultan Selangor di Singapura (2009) serta empat tugasan sepanjang 2010 iaitu Kelayakan Futsal Asia di Jakarta, Indonesia, Piala Eximbank di Ho Chi Minh City, Vietnam, Sukan Asia di Guangzhou, China dan final Piala Suzuki AFF di Jakarta.
*********************************************************************
Demikian serba sedikit pengalaman tak seberapa aku sepanjang lima tahun berkerja di Kosmo! atau lebih tepat bersama majikan aku iaitu Utusan Melayu (M) Berhad.
Tapi dah genap lima tahun kerja di Kosmo!, aku belum diberi apa-apa kenaikan pangkat pun. Mungkin sebab aku ini bukan jenis kaki bodek bos atau tak pandai ambil hati pihak atasan.
Tak mengapalah, sekurang-kurangnya aku terus enjoy dan gembira berkerja selagi diletakkan di Meja Sukan. Tapi andai ditukarkan ke meja lain selepas ini, terpaksalah aku memikirkan sesuatu.
Ini kerana, kerjaya ini aku pilih hanya kerana minat untuk menulis tentang sukan.
Sekian
7 comments:
Wan, baru 5 tahun. Banyak lagi perkara kau kena belajar dan akan 'diajar'. Moga semangat kau tidak luntur meskipun berdepan cabaran yang 'getir'. hahaha.....
February 16, 2011 at 2:57 PMkau memang ada bakat mengarang.wawancara ko dengan wong choong han kan dapat hadiah karangan terbaik masa kat mrsm?
February 16, 2011 at 3:13 PMhari pun genap 5 tahun aku kenal wanita yg hari ini dah jadi ibu kepada 2 anak aku! heheh...
February 16, 2011 at 3:55 PMeden: haha...memang getir dari segi fizikal, mental dan emosi..tgk la,klu aku rasa aku nak berdepan lg pasni....kita tunggu dan lihat...
February 16, 2011 at 6:21 PMfaizal: haha,yeke? aku pun dah lupa aku ada dpt hadiah karangan terbaik... tp kecewa la, buku karangan aku spjg form 5 kat mrsm jasin tu cikgu siap amikkan utk bg contoh kat junior sbb sepanjang tahun bm karangan aku dpt A1 jer..alih2 time SPM, dpt A2 jer...ada konspirasi di situ..hehe
bapak: haha,ni cite psl isteri encik azli ke isteri saya...ya btul,pd tarikh yg sama saya kenal dgn isteri saya skang..sbb nya, saya dan isteri saya satu batch masuk kosmo...hehe
teruskan...sampai masa nanti siapa tahu, siap jd chief editor...
February 16, 2011 at 11:57 PMaku je "tertelan air liur" bc posting ni...
sbb title wartawan dah terlucut...tp jiwa tetap wartawan sukan....hahahah
epain: haha,ko lg hebat skang..jd lecturer...siap masuk tv slalu lg tu...hehehe
February 17, 2011 at 10:55 AMSaudara Wan Fakhrul, kadang-kadang kerja kita tidak dihargai/dibalas dalam bentuk wang ringgit. Kadang-kadang ia datang dalam bentuk lain. penghargaan daripada peminat, daripada pemain/atlet, daripada pegawai atau orang luar lain yang nampak sumbangan saudara.
February 22, 2011 at 7:33 AMtahniah kepada saudara kerana dalam masa lima tahun sudah meninggalkan impak, khususnya dalam dunia penulisan bola sepak. blog saudara menjadi rujukan banyak pihak.
macam eden dah kobakan dah cakap, banyak lagi pengalaman pahit manis bakal ditempuh. politik pejabat, pegawai tak puas hati, asam garam dunia penulisan.
yang penting, sentiasa perbaiki diri dan kekalkan sikap positif, merendah diri dan riang sentiasa. hahahahaha (walaupun bonus/gaji kurenngggg)
Post a Comment