Tuesday, February 22, 2011

Kim Swee pilih Ferris Danial


NAMA dua penyerang, A. Thamil Arasu dan D. Saarvindran tercicir daripada senarai 18 pemain yang diumumkan jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee, semalam.

Sebaliknya, Kim Swee memilih Ferris Danial Mat Nasir, 19, sebagai penyerang simpanan untuk aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 menentang Pakistan di Stadium Shah Alam malam esok.

Tugas penggempur utama akan digalas penyerang Kedah, Ahmad Shakir Md. Ali, 22, dan penyerang Negeri Sembilan, Ahmad Fakri Saarani, 22 berikutan kecederaan yang dialami Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Azwari Ibrahim.

Bagi Ferris Danial, dia tidak sangka dan agak terkejut setelah mengetahui namanya tersenarai memandangkan saingan cukup sengit untuk merebut tempat di kalangan 25 pelatih skuad Olimpik.

“Apabila sudah tersenarai ini, sudah pasti saya akan berusaha untuk menunjukkan prestasi sebaik mungkin jika diturunkan pada Rabu ini (esok).

“Saya mahu balas kepercayaan yang diberikan jurulatih dan membuktikan bahawa keputusan jurulatih memilih saya bukan satu kesilapan. Saya akan cuba,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ferris Danial hanya mula menyertai skuad Harimau Muda B musim lalu tetapi muncul penjaring terbanyak pasukan dengan 11 gol dalam aksi Liga Premier.

Kemudian, pemain dari Kelantan itu menyertai skuad Harimau Muda A ke Slovakia sepanjang September hingga November tahun lalu dan berjaya meledak tiga gol di sana.

“Saya hanya menjadi pemain gantian pada aksi Liga Super musim ini bertemu Negeri Sembilan dan Perlis. Tapi pada aksi Piala FA bertemu SDM Navy Jumaat lalu, saya diturunkan sepanjang 90 minit.

“Pada perlawanan itu, saya berjaya menjaringkan satu gol dan ia telah meningkatkan tahap keyakinan saya untuk menghadapi Pakistan ini,” jelasnya.

Selain Ferris Danial, baki 17 pemain yang turut tersenarai ialah Khairul Fahmi Che Mat, Izham Tarmizi Roslan, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Affize Faisal Mamat, Faizal Muhamad.

K. Gurusamy, Irfan Fazail, Gary Steven Robbat, S. Sivanesan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Wan Zack Haikal Wan Noor, Fandi Othman, Faizal Abu Bakar, Ahmad Shakir dan Ahmad Fakri.

Tujuh pemain yang tidak disenaraikan pula ialah Thamil Arasu, Saarvindran, Zamir Selamat, Nazirul Naim Che Hashim, V. Kavi Chelvan, Abdul Shukur Jusoh dan Nazmi Faiz.

JADUAL
PUSINGAN PERTAMA
KELAYAKAN OLIMPIK 2012

(ESOK)

MALAYSIA lwn PAKISTAN
Stadium Shah Alam, 8.45 mlm
(Siaran langsung Astro Arena 801)

* Perlawanan kedua di Lahore, Pakistan pada 9 Mac.

INFO TIKET:

- RM20 dewasa & RM5 kanak-kanak bawah 12 tahun.
- Tiket dijual di Wisma FAM, Kelana Jaya pada hari ini (9 pagi hingga 5 petang) dan esok (9 pagi hingga 4 petang).
- Tiket mula dijual di pintu utama Stadium Shah Alam esok bermula pukul 4 petang.

6 comments:

rizal hashim said...

selamat berjuang kepada team ong kim swee, harap ada ong....

selamat berjuang juga kepada anggota media, siap ke lahore...........!!!!!

February 22, 2011 at 7:36 AM
Wan Fakhrul Wan Bakar said...

rizal: hehe,harap ada ong la team ni...tp mmg ong ada pun dlm team ni..
lahore?pengarang rembat kosmo je pegi kot...hehehe...jgn lupa bwk KFC...

February 22, 2011 at 9:09 AM
norahulfa said...

selamat berjuang, askar2 muda.. buktikan Malaysia boleh semoga kemenangan ini membawa perubahan dalam dunia bolasepak yang suram ini.. cayok2 ...go Harimau Malaya!! Aum!!!

February 22, 2011 at 10:03 AM
Unknown said...

Saudara Wan Fakhrul, dari pengamatan saya melalui website dimos http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/ dan winzar http://www.harimaumuda.com/, Ferris Danial hanya berjaya menjaringkan 1 gol, iaitu dalam perlawanan menentang AS Trencin pada 9/11/10. Harimau Muda A kalah 1 - 2 dan Ferris Danial telah menjaringkan gol tunggalnya selama berada di Slovakia dalam perlawanan tersebut.

February 22, 2011 at 11:14 AM
Wan Fakhrul Wan Bakar said...

norahulfa: so penyokong no.1 mesia ni kena la turun stadium gak mlm esok kan?hehehe

angsana: yup, memang 1 gol dlm friendly rasmi di slovakia..tapi ada beberapa friendly sampingan lain time kat slovakia tu,cth lwn team div 2 dan div 3. dlm friendly unofficial tu,ferris sumbat dua gol..so total gol dia di slovakia, 3 gol la..sori tak dpt explain dlm story di atas,tak muat page dlm paper..nnt story kena potong..hehe

February 22, 2011 at 10:35 PM
Unknown said...

Wan Fakhrul, terimakasih untuk keterangan saudara. Saya dan ramai penyokong sukan Malaysia amat menghargaai berita-berita sukan dari wartawan sukan seperti saudara! Refreshing! Good job!

February 23, 2011 at 11:03 AM